PelayarBahtera. Powered by Blogger.
Share

Setelah sekian lama diri menyepi mencari kekuatan hati, dirasakan jari- jemari yang naif menulis ini seakan-akan ingin menari untuk memberi. Pelayaran ini dimulai...

Diari: Aku Diherdik Oleh Seorang DR

Monday 26 November 2012

Maaf kerana terlalu panjang, dah cuba utk ringkaskan, tapi xdapat, nanti klau ringkas ad plak yg tersalah faham. Dulu hanya dengar orang duk komen negetive psal ni, tp kli ni dah rasa sendiri.

Demam mula terasa pada Maghrib hari rabu.
Usahkan berjalan, nak bangun pn xlarat, makan minum dan panadol semua roomate dan jiran sebelah bilik yang tolong belikan(terima kasih atas kebaikan hati kalian, na...
nti duit tu saya bayar balik).

Hari kedua, seluruh anggota badan terasa sakit, jalan terhuyung-hayang rasa nak rebah, nak makan pn terasa pedih di tengkuk, makanan yang dibeli dibiarkan basi di atas meja. 3 klass ditinggalkan utk hari tersebut.

Masuk hari ketiga demam, pagi itu sebelum solat jumaat, baru rasa ada kekuatan untuk ke klinik, itupun teman sebilik yang tolong hantarkan. Sebelum ke klinik tu, ad hantar msj kat classmate..

"nnti ko pesan kat mdm, ak xleh dtang tasmi' ptang ni, ak demam, dah 3hari dah.. nanti ckap kat mdm, klau bleh wat hari rabu tengah hari sbb isnin n selasa klass dh penuh time tengahari"

Sampai di klinik, setelah hampir setengah jam menunggu..

Waiting number 220, dipanggil ke Consultation Room B.

Terus masuk kebilik tersebut.

Dr perempuan yang bertugas. Tanpa tanya nama sy, Dr terus tanya..

"Awak sakit ap?"

"Demam, pening, sakit tekak dan sakit badan, rasa lenguh"

"dah berapa hari?"

"Dah masuk hari ketiga dr.."

Dr buat sedikit catatan di atas buku laporan kesihatan "aku".

Sedang Dr membuat pemeriksaan kesihatan, seorang jururawat masuk kebilik bersama seorang sister. Jururawat tersebut terus check nama dihadapan buku laporan tersebut.

Dan tahulah sy ketika itu, bahawa no yang dipanggil 220 Room B, tapi no giliran sy 420 Room C.

Allah!!

Dr trkejut lalu bersuara..

Adik, kenapa masuk bilik ni, no adik kan 420 Room C, ni Room B dik, dik p tunggu kat luar.."

"Maafkan sy Dr, saya btul2 xperasan.."

"Sy ni pn satu, main check je pesakit, xtanya nama dulu.." Dr mengeluh akan silapnya.

"Sekali lagi, maafkan sy Dr.." Terus sy keluar dengan perasaan yang bercampur baur, malu dan sesal. Kat luar, sy tunggu no sebenar saya dipanggil.
Hampir 20minit menunggu, no sy pn dipanggil.

Setelah dirawat oleh seorang Dr lelaki, sy bertanya.

"Dr bleh x saya nak mc utk klass2 yang saya xpergi sblum ni."

Kurang jelas dengan apa yang Dr cakap, tapi apa yang difahami, xboleh dptkan mc.

"Hmm, xpelah.. sy pn diam jelah."

Setelah selesai, terus keluar ambil ubat, dan tunggu roomate jemput.

Dr bgi UBAT PANADOL, PAIN KILLER, n UBAT MUNTAH. Itu ap yg sy dgr dri nurse yg bgi sy ubat..
...................................................................

Sampai je bilik, makan 4 biji ubat yang dibekalkan oleh Dr dan terus tidur.
Sedar2 je dah pkul 5 ptang, dan ad satu msj dri kawan td..

"Syahrul, ak dah ckap kat mdm, tp mdm nak mc absent dulu bru bleh wat replacement tasmi'.."

"Allah, gane ni.. ? Xkan lah nk pi klinik semata2 nk dapatkn mc.."

Lpas solat asar, sy gagahkan diri jgk utk ke klinik lgi..

Sampai trus jumpa nurse yang bertugas..

"Kak, cner nak dapatkan mc, td sy dah dtang wat rawatan p dr xbagi mc.. sy ad tasmi' test ptang ni, mdm ckp nak mc baru bleh wat replacement test ."

Dr yg rawat sy pgi tdi dah blik, tp nurse tu bagi no giliran utk jmpa dr sorang lgi.
Nurse tu ckp..

"sy xjamin awak akan dpt mc dri dr tu, p awak jumpa dia dulu, awak ckp ap yg brlaku.."

sy pn tunggu no giliran tu dipanggil.,
Xlama lepas tu no giliran sy dipanggil dan xthu kenapa, sy terdetik utk on kan sound recorder di handphone..

Ternyata, perbualan sy dgn dr trsebut selama tujuh minit, amat mengecawakan, dr tu ckp dia xbleh bagi MC tu, sebabnya Dr yg sy jumpa pgi tdi xbagi. Sy sruh dr check balik kesihatan sy tp ia still xbagi mc tu.

So sy keluar dri blik tu dengan prasaan kecewa, dlm prjalanan pulang sy terlupa nk tengok nama dr td.. Jd sy patah balik ke klinik dan ambil gambar nama dan waktu Dr td bertugas di pintu bilik..

Sy perasan ad nurse yg p bagithu Dr prbuatan sy, so Dr td yg ad kat dlm blik tu keluar, dan dihadapan nurse2, pesakit2 yang sdang mnunggu giliran mereka.. Dr tu menengking kearah sy..

"WEH, KAU BUAT APA TU, RAKAM2, TANGKAP GAMBAR NAK WAT AP? KAU INGAT MADAM KAU PERCAYA KE SEMUA NI, BALIK CHECK OTAK KAU TU, AD MENTAL PROBLEM KAU NI, DAH ORG XBAGI MC TU DAHLAH, BALIK!!!

..........................................................

Sy rakam suara n ambil nama Dr ni just nk bgithu mdm

"Mdm, sy dh cuba utk dptkan mc dri dr, dua kali sy p klinik utk ambil mc tp dr xbagi.."

Ini kali prtama sy mnta mc dri Dr seumur hidup sy. Mmang mcm ni ke cra utk dptkn mc. Sy xprnah salah gunakan mc, klaupn sy xdpt mc utk 3 klass yg sy skip, xpe.. sy just nk mc utk tasmi' test ptang tu je.. utk sya ckp kat mdm..

Maaf mdm, sy xdpt hdir tasmi' test ptang jmaat, keadaan kesihatan sy xmengizinkn buat masa skrang, n ini mc dri Dr. Tu je Dr.

Tapi knpa smpai sy diherdik ad mslh mental oleh seorang Dr, knpa dri seorang Dr di institusi UNIVERSITY ISLAM ANTARABANGSA tmpat sy blajar, knpa Dr xcuba utk memahami keadaan sy skrang.

Trmksh sbb brikan sy pengalaman pahit ini, sy xrsa sy bleh lupakan peristiwa ni dlm hdup sy, ia akan kekal diingatan sy smpai sy smpai bila2.. apapun sy mhon maaf andai Dr rasakan sy kurang ajar dgn dr, seumur hidup sy, sy xprnah biadap dgn org yg lebih tua dri sy, sy xdiajar utk kurang ajar, sy tahu utk hormat org lebih tua, sy sdar siapa sy n siapa dr.

Wlpn mgkin tasmi' tu hnya 10 markah je utk final exam sy, tp ia amat brnilai buat sy seorang pelajar.

Yang bertangung jawab atas post ini.
Syahrul Azlan
 

Read more...

Diari: Kemenangan Itu Masih Dirasai

Wednesday 31 October 2012

Sujud Menyembah Bumi Mengagungkan Ilahi

Ya, kemenangan itu amat ku rasai..

Cuma disaat dahi ini menyentuh tanah berdebu itu, titisan jernih air mata kemenangan itu mengalir, tidak mampu lagi ditahan, sebak yang amat terasa..

Allah.. 

Terasa sungguh, hinanya diri..

Kerana...

Dikala diri sujud menyembah bumi, jauh di sudut hati ini, terdetik bertapa besarnya Kemenangan yang Engkau kurniakan, tidak setimpal rasanya dengan usaha-usahaku, tidak setanding rasanya dengan amalan-amalanku..

Namun hakikat kemenangan itu tetap dikecapi, malah Engkau turut izinkan aku untuk sama merasainya..

Mungkin... 
Hadirnya kemenangan ini, tidak lain tidak bukan kerana ada di antara mereka yang amat dikasihi olehMU, begitu dekat jiwa-jiwa mereka dengaMU, begitu kuat pergantungan pengharapan mereka terhadapMU.. (T_T)

Allahu Rabbi..

Izinkan aku, terus bersama menuju kemenangan, juga bersama mengisi kemenangan tersebut..

Kata seorang teman:
Purnama malam itu, seolah-olah saksi akan kemenangan tersebut.. 
Ya, itu Purnama Kemenangan..:)

Dimana pun lapangan perjuangan, ISLAM kan pasti di sanubari..(^_^)
Allahu Akbar!!!

Sauh Dilabuhkan,
Wassalam.
Pelayar Bahtera
17 Dzul Kaedah 1433H

Read more...

Promosi: Penghabisan Stok "Binary LED Watch"

Sunday 21 October 2012



-BINARY LED WATCH-
UNIQUE & CLASSIC
JUST RM 20


IF INTERESTED..:)
JUST CALL/SMS MY NUMBER  014-8406482
or PM me through MY FACEBOOK

ONLY RED COLOUR LED AVAILABLE!!!

FEATURES
2 Rows LED display:-
-Upper Row shows the HOURS [ 8  4  2  1 ]
-Lower Row Shows the MINUTES [ 32  16  8  4  2  1 ]
-GENUINE LEATHER...!!!
-STAINLESS STEEL BACK...!!!
-3 ATM WATER RESIST...!!!

TIME TELLING
-Pres KEY A to show TIME.
-SUM UP the digits beside the light up LEDs.

TIME SETTING
1. Hold KEY B for 5 seconds, Hour LEDs start blinking.
2. Press KEY A to advance the digits to your desired HOURS.
3. Press KEY B to confirm and shift to MINUTE setting.
4. Press KEY A to advanced the digits to your desired MINUTES.
5. Press KEY B to confirm and FINISH.





Pros:
-Unique and interesting
-Can be used as a handy light

-Stainless Steel Back and Genuine Leather
-3 ATM Water Resist
Cons:
-Could be a little too large for those with small wrists
-Lack of seconds, date, AM/PM indicators or 24 hour mode
-May be hard to read accurately in a hurry
-Doesn’t teach recognition of binary patterns.  

Read more...

Lakaran: Pesanan Buat Muslimat

Friday 12 October 2012




Seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya, "Abi, ceritakan padaku tentang wanita sejati." Si ayah pun menoleh kemudian tersenyum.

Anakku, seorang wanita sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya melainkan dari kecantikan hati yang ada dibaliknya.

Wanita sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona melainkan dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya.

Wanita sejati bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang ia berikan melainkan dari keikhlasannya memberikan kebaikan itu.

Wanita sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya melainkan dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

Wanita sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa melainkan dari bagaimana cara ia berbicara.

Si ayah diam sejenak sambil melihat ke arah puterinya.

"Lantas apa lagi abi?" sahut puterinya.

Ketahuilah puteriku…

Wanita sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian melainkan sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya.

Wanita sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di jalan melainkan kekhuwatiran dirinyalah yang mengundang orang jadi tergoda.

Wanita sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani melainkan sejauh mana ia menghadapia ujian itu dengan penuh rasa syukur dan ingatlah!

Wanita sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul melainkan sejauh mana ia boleh menjaga kehormatannya dalam bergaul.

Setelah itu si anak kembali bertanya...

"Siapakah yang dapat menjadi kriteria seperti itu Abi?"

Si ayah memberikannya sebuah buku dan berkata, "teladanilah mereka!" Si anak pun mengambil buku itu dan melihat sebuah tulisan "Isteri-Isteri Rasulullah".

Sekian.

......................................................................
Salam Sayyidul Ayyam.
Yaumul Jumaah, Yaumul Barakah.
Sollu A'la Nabi S.A.W

Alhamdulillah..
Berjaya siapkan satu poster lukisan tangan.
Moga beroleh manfaat darinya, Insya'Allah..:)

Sauh Dilabuhkan,
Wassalam.

Pelayar Bahtera
12 Oktober 2012

Read more...

Bachelor of Taqwa from University of Ramadhan

Monday 30 July 2012


Klik Pada Gambar Untuk Besarkan

On the tenth of Eidul Fitr, two old friends decided to meet each other. They wanted their special meeting to be at a special place, which is at their previous high school. It’s kind of killing two birds with one stone, missing a buddy and missing a school. With the combination of both, it brings back old unforgettable memories.
So they meet up at the musolla of the school.
“Assalamualaikum broer!” says Ameer to his old friend. “Long time no see. How have you been?”
The two of them hugged each other.
“Waalaikumussalam!” answered Ali “Yeah, it has been some time. I’ve been good.”
The both of them had a chit-chat over some old stories. Then Ameer asked Ali a question “You just graduated right from IIUM? What was your bachelor? Bachelor of English was it?”
“Me? Bachelor of English? No. That was a long time ago. Now I have a bachelor of Taqwa” said Ali confidently.
“Bachelor of Taqwa? From what university?” Ameer confused.
“From University of Ramadan” says Ali.
.........................................................................................................................................
Introduction: Not only fasting but so much more
The semester from the University of Ramadan is the shortest short semester in the world. Only four weeks of studying. But what Allah expects us to achieve is very high, we may or may not be able to stand up to that expectation. During this short term period, Allah has prepared for us an intensive training. Towards the end of the semester, we will hold the scroll of Bachelor of Taqwa!
This university is not only about fasting but so much more:
“O you who have believed, decreed upon you is fasting as it was decreed upon those before you that you may become righteous” (Al-Baqarah: 183)
Allah has revealed to us saying that the sole purpose of fasting is to attain Taqwa whether it is in or out of the month of Ramadan, it doesn’t matter. But the fact that fasting has been prescribe to us within a specific number of days, we should attain a taqwa that is double, triple and quadruple during the month of Ramadan
The month of Ramadan is not the month of fasting. Many malay says “Bulan Puasa”, that is wrong. The month of Ramadan is the month of Taqwa (Bulan Taqwa). Fasting is only a ticket for us to enter in a new world full of wonders!
Loose ourselves in Taqwa
We may be familiar with the word Taqwa, but we may not know what it means. For those who still are unaware of the meaning taqwa, this is what it means:
Umar ibn Khattab (may Allah be pleased with him) asked Ubbay ibn Ka’ab (may Allah be pleased with him)”What is the meaning of Taqwa?”
Ubbay ibn Ka’ab said, “O Amir ul Mu’minin, have you walked on a field that had a lot of thorny plants?”
Umar said,”Yes” Ubbay ibn Ka’ab said, “So what did you do?” Umar replied, ”I lifted up my clothes and I was very careful,” Ubbay ibn Ka’ab said, “That is Taqwa!”
We are walking on a field that is full of thorny plants. Shaytan and his followers will try to seduce you and invite you to Evil. So having Taqwa in Dunya is lifting up your clothes and being careful, so that you would not touch this evil. From this hadith, we can extract that the meaning of taqwa is being careful as we go along life’s road. And that is the definition of Taqwa and we ask Allah to make us of those of al- Muttaqeen.
Taqwa is the source of energy in a person. With taqwa, a person will go to the masjid, make good friends, go to talks, keeping the environment clean and do good deeds.
Taqwa is also the shield to social problems, vandalism and sins. With this shield firm at heart, a person will never steal even though they are no CCTV or to vandalize public property or do anything that will increase your account balance of sins.
Taqwa is the strongest piling in one’s heart to withstand the world’s ‘deadliest’ trials and tribulations in life. With taqwa, a person will be able to stand and prevent himself from the most seducing sin in life.
Keep on Searching for Taqwa
Although we are still 2 months away from Ramadan, our journey of searching for Taqwa should start now. We need to start now. If we want to win a 100 meter sprint, we need to train as hard as we can to beat that 100 meter world record! We can’t expect to win on that day by not training. If we have trained hard, the 9.58 seconds world record by Usain Bolt can be beaten for sure!
The same goes to Ramadan. For all our sins to be forgiven by Allah is one bonus in our life. The prophet once said, narrated Abu Huraira:
“Allah’s Apostle said: “Whoever establishes prayers during the nights of Ramadan faithfully out of sincere faith and hoping to attain Allah’s rewards (not for showing off), all his past sins will be forgiven.”
Ramadan is only an intensive training course for us to charge up our batteries of taqwa. The real threat is staying firm for eleven months.
The Process of Taqwa
What are the subjects that we need to take in order to attain this bachelor? Let’s review one by one.
First: Mu’ahadah (Keep promises)
Allah says in Surah An-nahl: 91:
“And fulfill the covenant of Allah when you have taken it, [O believers], and do not break oaths after their confirmation while you have made Allah , over you, a witness. Indeed, Allah knows what you do.”
For us to fulfill our promises with Allah, between us and Allah, we need a quality time special for the two of us. We can have a talk with Allah and share our problems with Him, at least through our prayer because “It is You we worship and You we ask for help” Al-Fatihah: 5.
Second: Muraqabah (Feel close to Allah)
Allah has revealed in Surah as-syu’ara: 218-219:
“Who sees you when you arise; and your movement among those who prostrate.”
The prophet when asked about Ihsan, he said “it is that you should serve Allah as though you could see Him, for though you cannot see Him yet He sees you.” (Narrated by Bukhari, No. 50 dan Muslim, No.9)
In the fierce battle between ikhlas and riya’ taking place in our heart, feeling close to Allah will make ikhlas prevail. This feeling will make us consistent and persistent in doing good deeds and never backing from moving forward.
Third: Muhasabah (Introspection)
Allah has revealed to us in Surah al-Hasyr: 18:
“O you who have believed, fear Allah. And let every soul look to what it has put forth for tomorrow – and fear Allah. Indeed, Allah is Acquainted with what you do.”
(1)    Fear Allah (2) Every soul should look up the plan for tomorrow  (3) Fear Allah
This is introspection, by doing this it can make our intentions clear, urges use to repent and makes us remember Allah more often.
Fourth: Mu’aqabah (Scholding oneself)
Allah has revealed in the Quran in Surah Al-Baqarah: 179:
“In the Law of Equality there is (saving of) life to you, o ye men of understanding; that ye may restrain yourselves.”
For example, a guy loves to eat KFC. KFC is like drug to him, if he goes a day without KFC, a part of him on any particular day will be gone. But in the same time that guy wants to get rid of his habit of sleeping after subuh prayer. How he wants to get rid of it, he will not eat any KFC if he goes to sleep after subuh. This is a form of Mu’aqabah.
Fifth: Mujahadah (Spiritual Struggle)
Allah has mentioned about Mujahadah in Surah al-Ankabut: 69:
“And those who strive for Us – We will surely guide them to Our ways. And indeed, Allah is with the doers of good.”
We have to be strict with us when it comes to worldly pleasure. We need to keep on fighting the urges in ourselves that wants us to accept temptation. Keep on fighting! If we keep on fighting these urges and we manage to overcome it, that is the best feeling we will treasure.
Conclusion: Keep on searching
Mu’ahadah makes us adhere to syariah.
Muraqabah makes us feel peace and tranquility when we are close to Allah. “Verily in the remembrance of Allah that heart do find rests!”
Muhasabah helps us reflect who we are and what we have done. It makes us have a better plan before time.
Mu’aqabah in a way inflicts pain to the heart in order to gain something more important. It suppresses our desires from going wild.
Mujahadah helps leave our love behind!
After we have finished all these subjects and graduate with flying colors, we will feel confident to say “I own a Bachelor of Taqwa from University of Ramadan!”

Read more...

Hamparan Karpet Merah, Selamanya Tidak.

Saturday 7 July 2012

Klik Untuk Besarkan.
Teringat suatu lirik nasyid yang menjadi lagu tema rakan-rakan seperjuangan sewaktu berada di sekolah dahulu. Nasyid ini sering dialunkan kerana entah kenapa ia mampu menerbit suatu semangat yang sukar untuk di ungkapkan.

"Berjuang memang Pahit, kerana Syurga itu Manis."

Ya, hakikat perjuangan itu memang pahit, kadang-kadang terasa ia amat memenatkan, letih. Terasa lelah satu badan, tidak bermaya saat keperitan itu menjengah. Namun ingatlah, Saidina Ali Bin Abi Talib pernah berpesan:-

"Jika kau merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan itu akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal."

Suatu peringatan yang amat menusuk jiwa, mampu membangkitkan kembali hati yang lesu andai ia dihayati dengan penuh kesabaran, ditafsir dengan kebesaran jiwa seorang hamba kepada penciptaNya. 

Mengerti bahawa sulit, sukar, perit itu sunnah dalam perjuangan. Sedangkan Nabi kita Muhammad S.A.W yang mana dirinya telah pun dijanjikan Syurga oleh Allah, juga pernah diuji, pernah merasai kesulitan serta halangan dalam usaha menegakkan Kalimah Suci ini. 

Apakah kita mengharapkan saat melibatkan diri dengan jalan ini, kita akan melalui kesenangan? 

Kemenangan Islam itu suatu yang amat tidak ternilai, jadi apakah layak kemenangan itu diperolehi jika halangan, dugaan yang perlu di lalui oleh umatnya tidak seberapa? Jauh panggang dari api.

Justeru, ayuh persiapkan diri dengan segala kelengkapan luaran mahupun dalaman bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal sudah pasti akan dihadapi.

p/s: Andai nanti diri ini terjatuh lemah, peringatkanlah kembali diri ini dengan apa yang ditulis, moga-moga hati itu kembali disentak untuk bangkit. Kerana, selain halangan yang bakal dihadapi,  kebenaran di atas apa yang pernah diperkatakan juga akan turut diuji.

Sauh Dilabuhkan, 
Wassalam.
Pelayar Bahtera.
17 Sya'ban 1433H

Read more...

Pemuda, Bukan Hanya Berbangga Dengan Sejarah.

Wednesday 4 July 2012


Fajar Islam Kian Menyinsing

Jika kita luangkan masa seketika, kembali meneliti detik-detik sejarah kegemilangan Islam, di saat Ad Deen Al-Islam ini bertapak kukuh diatas muka bumi, tumbuh subur di dalam segenap jiwa insan yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasulnya.

Rata-rata kisah perjuangan dalam mendaulatkan Agama Islam ini di pelopori oleh golongan anak muda, bahkan jika dilihat kepada pengikut-pengikut Baginda generasi pertama juga, kebanyakanya terdiri dari kalangan pemuda.

Di antara mereka ialah Saidina Ali Bin Abi Talib yang mana keberanian anak muda ini terlihat sewaktu ia ksanggupan beliau menggantikan tempat tidur Rasulullah semasa penghijrahan Baginda dari Kota Mekkah Menuju Kota Madinah.

Selain itu, siapa tidak kenal dengan anak muda yang bernama Al-Arqam Bin Abi Al-Arqam, ia tidak sesekali gentar untuk menjadikan rumahnya sebagai markaz penyebaran Islam di Kota Mekkah. Sedangkan ketika itu, penganut-penganut Agama Islam di kencam oleh puak kafir kuraisy.

Manakala Mus'ab Bin Umair pula ialah seorang remaja yang telah menjual kehidupan Dunianya yang Sementara kepada kehidupan Hakiki di Akhirat sana. Remaja ini jugalah yang digelar Duta Islam Pertama, menerima amanah sebagai Dai'e ataupun Naqib dalam menyampaikan kebenaran Agama Islam kepada penduduk di Kota Madinah.

Golongan-golongan anak muda ini tidak ragu dalam usaha menegakkan Agama Islam, malah golongan-golongan anak muda inilah yang menjadi pembawa-pembawa Panji Islam dalam setiap peperangan, serta mereka jugalah yang siap berdiri di barisan hadapan, menjadi benteng pertahanan kepada tentera-tentera Islam.

Bertapa besarnya peranan anak muda dalam menyumbang kepada kebangkitan Ad-Deen Al-Islam. Begitu  kata-kata keramat Sukarno dalam pidatonya yang menggambarkan kekuatan anak muda :-

"Jika beliau di berikan 100 orang tua, akan ia goncangkan sebuah gunung yang terdapat di Indonesia, manakala jika ia diberi 10 orang pemuda, akan ia goncangkan dunia."

Pepatah arab juga ada menyebut :-

"Himmah (cita-cita/harapan) seorang pemuda boleh menggongcangkan bukit bukau"


Tapi kini Sedih,

Seribu kali sedih..

Kenyataan yang diharap tidak seindah apa yang di impi. Hakikatnya, kebanyakan anak muda sekarang terutamanya golongan pemuda-pemuda Islam, lebih cenderung untuk menikmati kesenangan dunia melebihi kesenangan akhirat. Mereka alpa, lalai dengan khayalan-khayalan mainan dunia.

Ada di antara mereka yang lansung tidak mengenal siapa diri mereka, dalam konteks mengenal siapa yang mencipta diri mereka dan untuk apa mereka diciptakan.Yang mereka tahu hanya, zaman remaja hanya sekali, so let us have fun with it. Bertapa singkat dan dangkalnya pemikiran sebegitu lebih-lebih lagi jika ianya terbit dari kata-kata seorang remaja bergelar Mahasiswa.

Jika pun ada dari kalangan mereka yang sedar akan kepentingan mendaulatkan Agama Islam ini, tetapi kebanyakan mereka telah tertipu dengan hasil-hasil usaha dan juga kejayaan generasi sebelum ini yang mana sedang mereka kecapi.

Mereka berbangga dengan apa yang mereka miliki, sedangkan itu bukannya lahir dari keringat perit jerih usaha mereka. Mereka sekadar menikmati, dan terus menikmati tanpa ada usaha untuk menambah baikkan apa yang ada. Bagi mereka, itu sudah memadai.

Saidina Ali Bin Abi Talib pernah menyebut :-

"Seorang pemuda bukanlah yang berkata, inilah Ayahku! Tapi seorang pemuda akan berkata, inilah Aku!"

Secara kesimpulanya, tulisan kali ini ingin mengajak semua pembaca terutamanya golongan-golongan anak muda harapan Agama untuk terus berada di atas landasan perjuangan yang betul. Bukan khayal dengan kejayaan yang telah dirasai, tapi sedar akan kemenangan yang masih belum di kecapi.

Ingat, sesuatu impian itu hanya akan digelar realiti setelah ia berjaya dilaksanakan.

Sauh Dilabuhkan,
Wassalam.
Pelayar Bahtera.
14 Sha'ban 1433H

Read more...

Lakaran: Peringatan, Manfaat Bagi Yang Beriman.

Sunday 24 June 2012


Jika aku jatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku. Bila aku bengkok, kau luruskanlah aku.

Sauh Dilabuhkan,
Wassalam.
Pelayar Bahtera 
5 Sya'ban 1433H

Read more...

Lakaran: Tribut Buat Kamu Suami Isteri

Tuesday 12 June 2012


"Lukisan Hati Tanda Kecintaan, Lukisan Alam bukti Keagungan Tuhan"




أحبك مثلما انت

أحبك كيفما كنت

ومهما كان مهما صار

انت حبيبتى انت

زوجتى…

أنت حبيبتى أنت


حلالى أنت لا أخشى عزولا همه مقتى

لقد أذن الزمان لنا بوصل غير منبت

سقيت الحب فى قلبى بحسن الفعل والسمت

يغيب السعد إن غبت و يصفو العيش إن جئت

نهارى كادح حتى اذا ما عدت للبيت

لقيتك فانجلى عنى ضناى اذا ما تبسمت

أحبك مثلما انت

أحبك كيفما كنت

ومهما كان مهما صار

انت حبيبتى انت

زوجتى…

أنت حبيبتى أنت


تضيق بى الحياة اذا بها يوما تضرمتى

فأسعى جاهدا حتى احقق ما تمنيتى

هنائى انت فلتهنئى بدفء الحب ما عشتى

فروحانا قد ائتلفا كمثل الارض والنبت

فيا أملى ويا سكنى

ويا أنسى وملهمتى

يطيب العيش مهما ضاقت الايام أن طبتى

أحبك مثلما أنت

أحبك كيفما كنت

ومهما كان مهما صار

انت حبيبتى انت

زوجتى…

أنت حبيبتى أنت

(Ahmad Bukhatir-My Wife)



Sauh Dilabuhkan,
Wassalam.
Pelayar Bahtera.
22 Rejab 1433H

Read more...

Sentuhan: Ubat Takbur!!! Pesanan Imam Al-Ghazali

Wednesday 6 June 2012

Antara Insan Yang Hadir Mengisi Ruang-Ruang Kosong Hidupku..(^_^)

Imam al-Ghazali ada mencatatkan lima cara untuk mengikis sikap takbur dalam diri seseorang iaitu dengan cara:


Apabila kita bersuara dengan anak-anak kecil...
Maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana mereka masih belum mempunyai dosa-dosa berbanding dari kita yang telah dewasa.

Apabila kita bersuara dengan orang tua pula... 
Maka kita anggaplah yang sebenarnya doanya lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadah kepada Allah dari kita.

Apabila kita bersuara dengan orang alim pula...
Maka kita anggaplah yang sebenarnya beliau lebih mulia daripada kita kerana insan sebegini memiliki lebih banyak ilmu yang beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.

Apabila kita bersuara dengan orang jahil pula...
Maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih mulia dari kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya, sedangkan kita berdosa akan tetapi memiliki ilmu pula dengan sengaja kita melakukannya walaupun hakikatnya kita tahu yang mana satu perkara buruk dan baik.

Apabila kita bersuara dengan orang kafir pula...
Katakanlah dalam hati bahawa suatu hari nanti mungkin dia akan insaf dan akan memeluk islam. Maka semua dosa yang dilakukan sebelum dia masuk Islam akan diampunkan oleh Allah s.w.t. Sedangkan kita pula sebagai umat islam sejak lahir terus -menerus melakukan dosa tanpa mengenal balasan Allah yang bakal tiba kelak.

..Dan yang sebenarnya telah banyak manakah dosa dan pahala yang tidak mampu kita pastikan..?

Muhasabah buat diri dan teman. Wallahu A'lam.

Sauh Dilabuhkan,
Wassalam.
Pelayar Bahtera.
16 Rejab 1433H

Read more...

Sentuhan: Usaha + Doa + Tawakal

Friday 18 May 2012

Mood: Final Exam menghampiri


Sudah cukup ke persediaan? 

Atau masih enak dibuai mimpi semalam, 

......."Exam lambat lagi laaa". 

Bangkit!!!

.*********

Sepatutnya sekarang persediaan dan usaha telah dilipat kali gandakan, jangan nanti terhantuk baru nak tergadah. Fenomena yang biasa di lihat apabila exam semakin tiba. 

Muhasabah buat diri sendiri.


"kalau la aku study awal sikit, mesti boleh jawab punya, silap laaa, ish!!"

"KALAU???"... Modal ni dah lapuk dah untuk orang yang tidak dapat jawab dalam exam, semesta depan pun macam tu jugak, tak akan ke mana dengan hanya bermodalkan "KALAU".

Silapnya kita...


"Seringkali kita mengharapkan hasil yang berbeza pada usaha yang sama"

dan najtijahnya, luncai.

Usaha, itulah yang membezakannya. Namun, sesuatu harus di ingat...

"Usaha tidak menjanjikan kejayaan, tapi untuk berjaya usaha adalah syaratnya"

Ya, itulah hakikatnya, usaha tidak semestinya akan menghasilkan kejayaan, kerana disamping orang yang berjaya dengan usahanya, ada juga yang berusaha, tetapi...gagal, apa yang diperoleh tidak seperti apa yang di harapkan. 

Bukan bererti.. 

"Kalau dah gitu sifirnya, baik tak payah usaha....."

Walaupun kadang-kadang usaha tidak membuahkan kejayaan, namun ia adalah kunci kepada sebuah kejayaan.. 

Ingin berjaya, Usaha adalah Kuncinya!!!

Dalam berusaha, ada sesuatu yang perlu dingat. Jika kita berusaha dan terus berusaha dengan meletakkan kejayaan kita nanti akan sepenuhnya  bergantung kepada usaha kita sekarang, kita silap. 

Manusia, usahanya punyai batas. Ya, kita diberi kudrat untuk berusaha, tapi usaha itu tetap ada limitnya.

Kerana itu kita di ajar, dalam kita berusaha, jangan di lupa pada Dia yang mengurniakan ilmu, pada Dia yang memberikan kefahaman, pada Dia yang mengurniakan ingatan. Kita hanya mampu berusaha, Dia yang akan tentukan segala.

Usaha, Doa, Tawakal.

Download, Print Dan Tampalkan Di Meja Studi Anda, Moga Bermanfaat.

Harus sentiasa mengiringi perjalanan kita dalam menuntut ilmuNYA. Kita berusaha sebaik mungkin, simpulkanya dengan kekuatan doa. Selebihnya, tawakal, terserah pada Dia. 

Jika Ia merasakan kejayaan itu baik buat kita, Insya'allah kejayaan akan kita peroleh, namun jika buat masa sekarang, padaNYA kegagalan itu baik buat kita, pasrahlah akan ketentuanya, moga dengan itu sekurang-kurangya hati akan merasai walaupun sekadar setitis ketenangan.

Ya Allah
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Kurniakan kejayaan kepadaku sekiranya itu yang terbaik buatku dan perjuanganku. 
Tetapi sekiranya kejayaan itu menjauhkan diriku dariMu dan jalan perjuangan ini. 
Maka kau ambillah ia dan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik untukku.
Dan Engkau bimbinglah aku untuk Redha dengan setiap ketetapanMU.
Ya Allah
Kau Maha Mengetahui.
Diri ini hanya makhluk yang dicipta. Hanya mampu meminta-minta.
Dengan sedikit kudrat yang  Engkau kurniakan ini, aku berusaha. 
Namun Engkau jualah yang menentukan, bantulah diriku. 
Kau Maha Mengetahui mana yang lebih baik buatku.
 Berikan diriku kejayaan dengan kejayaan sebenar. 
Yakni kejayaan pada pandangan NeracaMu.. 
Amin ya Rabbal alamin..


Wallahu A'lam.


Sauh Dilabuhkan,
Wassalam.
Pelayar Bahtera.
27 Jamadil Akhir 1433H

Read more...

Diari: Kisah Di Sebalik Sehelai Serban Itu

Tuesday 15 May 2012

Pagi Jumaat yang menDamaikan.

Azan solat Subuh yang dikumandangkan mulai kedengaran dari salah sebuah Masjid berdekatan, memecahkan kesunyian malam. 

Rida' Hadiah Dari Adikku Sempena Hari Kelahiranku Yang Ke 21. Trmksh Dik.:)

Siap sedia untuk ke Masjid, jubah putih dikenakan, kain rida' bewarna perang dan serban putih yang terletak elok di atas rak dicapai lalu terus menuju ke arah cermin yang terletak bersebelahan pintu bilik. Rida' itu di letakkan di atas bahu, manakala serban itu dilipat rapi kemudian... 



*****


11 Nov 2008, SPM 4 Tahun yang lalu.


Esok ada exam lagi, subjek Sejarah. Diri masih tidak sepenuhnya sedia, makin di baca makin banyak terasa yang belum di''cover'', fakta yang beratus, kronologi yang pelbagai, aduh, pening kepala.

Maghrib hampir tiba. Pelajar yang masih lagi di padang, mulai bersurai. Semuanya bergegas, siapkan diri untuk solat fardhu Maghrib. Yang telah siap, ada yang ke Dewan Makan Putra untuk makan malam, ada juga yang terus ke Masjid untuk mengimarahkanya dengan alunan Al-Quran, menanti masuknya waktu Maghrib.

Begitulah biasanya ragam para pelajar SMKA Falahiah di waktu senja. 

Saya bersiap awal petang ni, dengan berkainkan kain sarung dan Jubah Pakistan bewarna Unggu, disamping beg galas di belakang, saya terus ke Dewan Makan untuk makan malam kerana malam ni, lepas solat Maghrib, cikgu Mastura, guru Sejarah kami akan adakan kelas tambahan buat pelajar-pelajar SPM. "Final Touch" dan tips-tips akhir, sebelum memasuki dewan peperiksaan. 

Diri ini kagum dengan kesungguhan cikgu, tidak menghiraukan erti penat dan lelah dalam mendidik para pelajarnya. Terima kasih cikgu. 

Usai solat Fardhu Maghrib dan 2 rakaat solat sunat Hajat. Saya dan teman-teman terus ke Bilik Wawasan, tempat di mana kelas tambahan Sejarah di adakan. 

Bilik Wawasan selalunya digunakan untuk mesuarat para guru, dengan meja panjang terletak di tengah-tengah, dan hampir 30 buah kerusi mengelilinginya. Bunga plastik di tempatkan di atas, tegah-tegah meja mesyuarat bagi menceriakan suasana dewan.

Kelas berjalan seperti biasa, cikgu sibuk di hadapan melaksanakan tugasnya, manakala para pelajar ada yang fokus, meneliti setiap kata-kata cikgu. Ada juga yang sibuk menyalin nota yang tidak sudah-sudah, mentelaah nota-nota ringkas dan tidak kurang juga yang berbual-bual di belakang.

Dan saya memilih tempat yang paling jauh di belakang, entahlah, tidak ingat apa yang dilakukan waktu itu, sedang memerhati tingkah laku para pelajar barangkali.

Tiba-tiba.

Kami di kejutkan dengan bunyi pintu Bilik Wawasan di buka dan kelihatan seorang lelaki yang amat di kenali berada di hadapan pintu, ia adalah guard sekolah kami. 

Suasana kelas sunyi, semua mata tertumpu kearahnya.

 Ia berhenti seketika di hadapan pintu, lagak ia sepertinya ia sedang mencari seseorang di dalam kelas, entah siapa yang di carinya. Dan entah kenapa, suatu ketika saya merasakan matanya tepat memandang mata saya sebelum ia memberi salam dan berjalan pantas ke arah cikgu.

Mungkin sekadar khayalan semata.

Guard tersebut sedikit menundukkan dirinya, membicarakan sesuatu kepada cikgu yang sedang duduk di atas kerusi utama. Cikgu menganggukan kepala tanda memahami apa yang telah di sampaikan lalu guard tersebut berdiri di samping cikgu menantikan tindakan cikgu selanjutnya.

Kami tertanya-tanya.

Menggunakan mikrofon yang telah tersedia di atas meja mesyuarat, cikgu mula bersuara, dan tanpa di duga...

"Syahrul Azlan Abdullah, sila kehadapan... ada tetamu menunggu awak di luar."

Terkejut, sapa pula yang datang malam-malam ni..?

"Syahrul..?"

Sekali lagi nama saya dipanggil.

"Ya saya cikgu.."

Saya bangun dan lantas menuju ke arah pintu yang terbuka di hadapan, sememangnya terasa semua mata sedang mengekori setiap langkah saya, saya hanya tersenyum.

Guard mengiringi saya di belakang.

 Setibanya di luar, kelihatan Abah sedang menunggu. Saya menghulurkan tangan, setelah salam di sambut saya mencium tanganya. 

"Ada gapo Abah..?"

"Gi balik umah Mek, Ayah (panggilan buat atuk saya) xdok doh... "

"meninggal petang tadi...umi dengan adik-adik ado sano blako doh"

Bagaikan disentap, saya terkejut. Tiada satu patah perkataan pun yang terucap.

"Nak gi simpan buku jap bah."

Saya bergegas kembali ke Bilik Wawasan. Dan kali ini, ternyata sememangnya semua mata tertumpu ke arah saya, tanpa menghiraukan mereka, saya terus ke tempat duduk dan mengemaskan buku-buku. 

"Sapo maghi yo, ad gapo..?

Sebak mulai terasa, namun di tahan..tiada sepatah pun jawapan yang keluar dari mulut ini.

"Mung nk gi mano ni yo..?"

"Aku ado kijo sikit..." Hanya itu jawapan yang saya mampu beri ketika itu.

Siap sahaja buku di kemasakan, saya kembali ke arah pintu. 

"Saya minta diri dulu cikgu..."

Cikgu mengangguk tanda mengizinkan, beliau memahami. 

Kereta di pandu laju, namun keadaan di dalam kereta sunyi sepi, sekali lagi saya senyap. Entahlah, waktu itu terasa seolah-olah mulut ini terkunci. Cuma kadang-kala abah bertanya mengenai peperiksaan esok hari, jawapan yang beri kelihatan tidak bersemangat. 

Saya biarkan mata ini memandang sayu ke arah kegelapan malam air yang mengalir di Sungai Kelantan.

Sekitar 20 minit perjalanan, saya tiba di halaman rumah di kampung Penambang, kediaman Mek dan Ayah. Malam ini rumah kelihatan terang, sepertinya ramai berada di atas, lain dari kebiasaan.

Saya dan Abah terus naik ke atas, setelah memberi salam dan bersalaman dengan tetamu yang hadir, ada antara mereka yang di kenali dan ada yang tidak, saya masuk ke dalam, ke tempat jenazah Ayah di tempatkan, di suatu ruang. Jenazah di selimuti beberapa helai kain, dan beberapa orang kelihatan sedang membacakan surah Yasin di samping jenazah, sedekah buat jenazah. 

Saya menyertai mereka. Diambil surah Yasin yang terletak di dalam sebuah bakul lantas di baca, hadiahkan buat Atuk. Walaupun saya dan Ayah tidaklah serapat mana, tapi pemergianya amat dirasai malam itu. Diceritakan Ayah pergi ketika ia sendirian di rumah, ketika itu, Mek keluar. Punca kematian, saya tidak berapa pasti, kerana ia mati mengejut, mungkin penyakit orang lama.

Mungkin ajalnya telah sampai di sini.

Setelah hampir 1 Jam saya di sisi jenazah. Abah ingin meminta diri, ingin menghantar saya kembali ke sekolah kerana esok pagi saya bakal menduduki satu lagi kertas pepriksaan. 

Saya akur.

Sebelum berangkat, saya sempat sekali lagi melihat wajah arwah, Tenang. Di kucup dahi arwah buat kali terakhir, mungkin saya tidak sempat untuk menghadiri proses pengebumian arwah esok pagi.  Sebak.

Walaupun berat, kaki ini melangkah pergi.

Setibanya di asrama, saya tidak bercadang untuk menyambung ulangkaji subjek Sejarah. Saya tahu, jika saya teruskan mungkin saya hanya akan termenung di hadapan buku.

Saya mengambil keputusan untuk I'tiqaf di masjid.

 Beberapa orang pelajar kelihatan sedang mengulang kaji pelajaran mereka. Saya berwuduk dan menunaikan solat sunat dua rakaat, setelah itu, saya kembali membaca surah Yassin, entah untuk keberapa kali saya ulang dan ulang pada malam itu.

Dan di sini, air mata yang jernih itu mengalir. Akhirnya, saya tertidur. Hanya sepi yang menemani.

Kini, hampir sebulan hal itu berlalu..

Peperiksaan SPM telah berakhir, cuti penggal pun sudah bermula. Saya dan keluarga kembali pulang ke kampung. Berhajat untuk tinggal di sini beberapa hari. Kini, Tok Mek hanya keseorangan tinggal di rumah ini.

Jika sebelumnya berteman, kini sendirian.

Suatu hari, Tok Mek meminta bantuan kami untuk mengemaskan barang-barang yang di tinggalkan Ayah sebelum ia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kami mengikutinya dengan senag hati. Dan sewaktu sibuk mengemas, saya mengambil peluang, melihat-lihat barangan tinggalanya. Terdapat beberapa bentuk Cincin lama, beberapa bilah Keris lama yang unik ukiran dan pelbagai bentuknya.

Dan di suatu sudut di dalam almari Ayah, saya terpandang sehelai serban yang terlipat rapi di antara helaian baju-bajunya. Hati terpikat.

"Tok Mek, ore nak serban ni bleh..?"

"Ambik la long, duk situ pun tak dok ore guna jugak..."

"Alhamdulillah.."

Hati melonjak kegembiraan mendengar akan jawapan tersebut.

"Terima kasih Mek.."


*****



...serban itu dililitkan, kemas di atas kepala.


Serban Milik Arwah Atuk. Moga Pahala Ini Terus Mengalir Buatnya.


Tiada yang lain terdetik dihati selain mengharapkan pahala sunnah Baginda S.A.W buat diri, juga pahala Sedekah Jariah yang harapnya akan terus mengalir buat arwah Ayah. Al-Fatihah.

Sekian.

p/s: Siapalah nanti agaknya yang akan menghadiahkan dan sentiasa menyiapkan saya sehelai jubah putih.

Sauh Dilabuhkan,
Wassalam.
Pelayar Bahtera.
23 Jamadil Akhir 1433

Read more...

Coretan: Umpama Alam Mencintai Titah Tuhanya

Wednesday 25 April 2012



"Kau Mencintaiku"


Kau mencintaiku
Seperti bumi
Mencintai titah Tuhannya.
Tak pernah lelah
Menanggung beban derita
Tak pernah lelah
Menghisap luka

Kau mencintaiku
Seperti matahari
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membagi cerah cahaya
Tak pernah lelah
Menghangatkan jiwa

Kau mencintaiku
Seperti air
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membersihkan lara
Tak pernah lelah
Menyejukkan dahaga

Kau mencintaiku
Seperti bunga
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Menebar mekar aroma bahagia
Tak pernah lelah
Meneduhkan gelisah nyala
(Puisi indah dari Ayatul Husna buat kakak tercintanya, mas Azzam)

Aku mencintaimu
Seperti bumi
Mencintai
Mataharinya
(Puisi balas oleh mas Azzam)



Puisi dan lukisan di atas ku tujukan khas buat adik-adikku...:)
Maaflah, kerana abangmu tidak pandai cipta puisi sendiri, terimalah seadanya, huhu
Aku mencintai kalian, seperti Alam mencintai Titah Tuhanya..

Sauh Dilabuhkan,
Wassalam.
Pelayar Bahtera...
4 Jamadil Akhir 1433.


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Rancang perjalanan hidupmu sebaik mungkin tanpa melupakan bahawa Dia juga punyai perancangan tersendiri buat hidupmu. Usah terlalu berharap pada yang Dimiliki, panjatkan segala kebergantunganmu hanya pada yang Memiliki" -DaMai-