Sentuhan: Usaha + Doa + Tawakal
Mood: Final Exam menghampiri
Sudah cukup ke persediaan?
Atau masih enak dibuai mimpi semalam,
......."Exam lambat lagi laaa".
Bangkit!!!
.*********
Sepatutnya sekarang persediaan dan usaha telah dilipat kali gandakan, jangan nanti terhantuk baru nak tergadah. Fenomena yang biasa di lihat apabila exam semakin tiba.
Muhasabah buat diri sendiri.
"kalau la aku study awal sikit, mesti boleh jawab punya, silap laaa, ish!!"
"KALAU???"... Modal ni dah lapuk dah untuk orang yang tidak dapat jawab dalam exam, semesta depan pun macam tu jugak, tak akan ke mana dengan hanya bermodalkan "KALAU".
Silapnya kita...
"Seringkali kita mengharapkan hasil yang berbeza pada usaha yang sama"
dan najtijahnya, luncai.
Usaha, itulah yang membezakannya. Namun, sesuatu harus di ingat...
"Usaha tidak menjanjikan kejayaan, tapi untuk berjaya usaha adalah syaratnya"
Ya, itulah hakikatnya, usaha tidak semestinya akan menghasilkan kejayaan, kerana disamping orang yang berjaya dengan usahanya, ada juga yang berusaha, tetapi...gagal, apa yang diperoleh tidak seperti apa yang di harapkan.
Bukan bererti..
"Kalau dah gitu sifirnya, baik tak payah usaha....."
Walaupun kadang-kadang usaha tidak membuahkan kejayaan, namun ia adalah kunci kepada sebuah kejayaan..
Ingin berjaya, Usaha adalah Kuncinya!!!
Dalam berusaha, ada sesuatu yang perlu dingat. Jika kita berusaha dan terus berusaha dengan meletakkan kejayaan kita nanti akan sepenuhnya bergantung kepada usaha kita sekarang, kita silap.
Manusia, usahanya punyai batas. Ya, kita diberi kudrat untuk berusaha, tapi usaha itu tetap ada limitnya.
Kerana itu kita di ajar, dalam kita berusaha, jangan di lupa pada Dia yang mengurniakan ilmu, pada Dia yang memberikan kefahaman, pada Dia yang mengurniakan ingatan. Kita hanya mampu berusaha, Dia yang akan tentukan segala.
Usaha, Doa, Tawakal.
Download, Print Dan Tampalkan Di Meja Studi Anda, Moga Bermanfaat. |
Harus sentiasa mengiringi perjalanan kita dalam menuntut ilmuNYA. Kita berusaha sebaik mungkin, simpulkanya dengan kekuatan doa. Selebihnya, tawakal, terserah pada Dia.
Jika Ia merasakan kejayaan itu baik buat kita, Insya'allah kejayaan akan kita peroleh, namun jika buat masa sekarang, padaNYA kegagalan itu baik buat kita, pasrahlah akan ketentuanya, moga dengan itu sekurang-kurangya hati akan merasai walaupun sekadar setitis ketenangan.
Ya Allah
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Kurniakan kejayaan kepadaku sekiranya itu yang terbaik buatku dan perjuanganku.
Tetapi sekiranya kejayaan itu menjauhkan diriku dariMu dan jalan perjuangan ini.
Maka kau ambillah ia dan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik untukku.
Dan Engkau bimbinglah aku untuk Redha dengan setiap ketetapanMU.
Ya Allah
Kau Maha Mengetahui.
Diri ini hanya makhluk yang dicipta. Hanya mampu meminta-minta.
Dengan sedikit kudrat yang Engkau kurniakan ini, aku berusaha.
Namun Engkau jualah yang menentukan, bantulah diriku.
Kau Maha Mengetahui mana yang lebih baik buatku.
Berikan diriku kejayaan dengan kejayaan sebenar.
Yakni kejayaan pada pandangan NeracaMu..
Amin ya Rabbal alamin..
Wallahu A'lam.
Sauh Dilabuhkan,
Wassalam.
Pelayar Bahtera.
27 Jamadil Akhir 1433H
3 comments:
semoga sukses...:)
I'allah, thanks..!! moga sukses jugak.. Here and hereafter..:)
best of luck .. doa sentiasa mengiringi setiap usaha yg di lalukan ^_^
Post a Comment