PelayarBahtera. Powered by Blogger.
Share

Setelah sekian lama diri menyepi mencari kekuatan hati, dirasakan jari- jemari yang naif menulis ini seakan-akan ingin menari untuk memberi. Pelayaran ini dimulai...

Hamparan Karpet Merah, Selamanya Tidak.

Saturday 7 July 2012

Klik Untuk Besarkan.
Teringat suatu lirik nasyid yang menjadi lagu tema rakan-rakan seperjuangan sewaktu berada di sekolah dahulu. Nasyid ini sering dialunkan kerana entah kenapa ia mampu menerbit suatu semangat yang sukar untuk di ungkapkan.

"Berjuang memang Pahit, kerana Syurga itu Manis."

Ya, hakikat perjuangan itu memang pahit, kadang-kadang terasa ia amat memenatkan, letih. Terasa lelah satu badan, tidak bermaya saat keperitan itu menjengah. Namun ingatlah, Saidina Ali Bin Abi Talib pernah berpesan:-

"Jika kau merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan itu akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal."

Suatu peringatan yang amat menusuk jiwa, mampu membangkitkan kembali hati yang lesu andai ia dihayati dengan penuh kesabaran, ditafsir dengan kebesaran jiwa seorang hamba kepada penciptaNya. 

Mengerti bahawa sulit, sukar, perit itu sunnah dalam perjuangan. Sedangkan Nabi kita Muhammad S.A.W yang mana dirinya telah pun dijanjikan Syurga oleh Allah, juga pernah diuji, pernah merasai kesulitan serta halangan dalam usaha menegakkan Kalimah Suci ini. 

Apakah kita mengharapkan saat melibatkan diri dengan jalan ini, kita akan melalui kesenangan? 

Kemenangan Islam itu suatu yang amat tidak ternilai, jadi apakah layak kemenangan itu diperolehi jika halangan, dugaan yang perlu di lalui oleh umatnya tidak seberapa? Jauh panggang dari api.

Justeru, ayuh persiapkan diri dengan segala kelengkapan luaran mahupun dalaman bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal sudah pasti akan dihadapi.

p/s: Andai nanti diri ini terjatuh lemah, peringatkanlah kembali diri ini dengan apa yang ditulis, moga-moga hati itu kembali disentak untuk bangkit. Kerana, selain halangan yang bakal dihadapi,  kebenaran di atas apa yang pernah diperkatakan juga akan turut diuji.

Sauh Dilabuhkan, 
Wassalam.
Pelayar Bahtera.
17 Sya'ban 1433H

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Rancang perjalanan hidupmu sebaik mungkin tanpa melupakan bahawa Dia juga punyai perancangan tersendiri buat hidupmu. Usah terlalu berharap pada yang Dimiliki, panjatkan segala kebergantunganmu hanya pada yang Memiliki" -DaMai-