PelayarBahtera. Powered by Blogger.
Share

Setelah sekian lama diri menyepi mencari kekuatan hati, dirasakan jari- jemari yang naif menulis ini seakan-akan ingin menari untuk memberi. Pelayaran ini dimulai...

Pemuda, Bukan Hanya Berbangga Dengan Sejarah.

Wednesday 4 July 2012


Fajar Islam Kian Menyinsing

Jika kita luangkan masa seketika, kembali meneliti detik-detik sejarah kegemilangan Islam, di saat Ad Deen Al-Islam ini bertapak kukuh diatas muka bumi, tumbuh subur di dalam segenap jiwa insan yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasulnya.

Rata-rata kisah perjuangan dalam mendaulatkan Agama Islam ini di pelopori oleh golongan anak muda, bahkan jika dilihat kepada pengikut-pengikut Baginda generasi pertama juga, kebanyakanya terdiri dari kalangan pemuda.

Di antara mereka ialah Saidina Ali Bin Abi Talib yang mana keberanian anak muda ini terlihat sewaktu ia ksanggupan beliau menggantikan tempat tidur Rasulullah semasa penghijrahan Baginda dari Kota Mekkah Menuju Kota Madinah.

Selain itu, siapa tidak kenal dengan anak muda yang bernama Al-Arqam Bin Abi Al-Arqam, ia tidak sesekali gentar untuk menjadikan rumahnya sebagai markaz penyebaran Islam di Kota Mekkah. Sedangkan ketika itu, penganut-penganut Agama Islam di kencam oleh puak kafir kuraisy.

Manakala Mus'ab Bin Umair pula ialah seorang remaja yang telah menjual kehidupan Dunianya yang Sementara kepada kehidupan Hakiki di Akhirat sana. Remaja ini jugalah yang digelar Duta Islam Pertama, menerima amanah sebagai Dai'e ataupun Naqib dalam menyampaikan kebenaran Agama Islam kepada penduduk di Kota Madinah.

Golongan-golongan anak muda ini tidak ragu dalam usaha menegakkan Agama Islam, malah golongan-golongan anak muda inilah yang menjadi pembawa-pembawa Panji Islam dalam setiap peperangan, serta mereka jugalah yang siap berdiri di barisan hadapan, menjadi benteng pertahanan kepada tentera-tentera Islam.

Bertapa besarnya peranan anak muda dalam menyumbang kepada kebangkitan Ad-Deen Al-Islam. Begitu  kata-kata keramat Sukarno dalam pidatonya yang menggambarkan kekuatan anak muda :-

"Jika beliau di berikan 100 orang tua, akan ia goncangkan sebuah gunung yang terdapat di Indonesia, manakala jika ia diberi 10 orang pemuda, akan ia goncangkan dunia."

Pepatah arab juga ada menyebut :-

"Himmah (cita-cita/harapan) seorang pemuda boleh menggongcangkan bukit bukau"


Tapi kini Sedih,

Seribu kali sedih..

Kenyataan yang diharap tidak seindah apa yang di impi. Hakikatnya, kebanyakan anak muda sekarang terutamanya golongan pemuda-pemuda Islam, lebih cenderung untuk menikmati kesenangan dunia melebihi kesenangan akhirat. Mereka alpa, lalai dengan khayalan-khayalan mainan dunia.

Ada di antara mereka yang lansung tidak mengenal siapa diri mereka, dalam konteks mengenal siapa yang mencipta diri mereka dan untuk apa mereka diciptakan.Yang mereka tahu hanya, zaman remaja hanya sekali, so let us have fun with it. Bertapa singkat dan dangkalnya pemikiran sebegitu lebih-lebih lagi jika ianya terbit dari kata-kata seorang remaja bergelar Mahasiswa.

Jika pun ada dari kalangan mereka yang sedar akan kepentingan mendaulatkan Agama Islam ini, tetapi kebanyakan mereka telah tertipu dengan hasil-hasil usaha dan juga kejayaan generasi sebelum ini yang mana sedang mereka kecapi.

Mereka berbangga dengan apa yang mereka miliki, sedangkan itu bukannya lahir dari keringat perit jerih usaha mereka. Mereka sekadar menikmati, dan terus menikmati tanpa ada usaha untuk menambah baikkan apa yang ada. Bagi mereka, itu sudah memadai.

Saidina Ali Bin Abi Talib pernah menyebut :-

"Seorang pemuda bukanlah yang berkata, inilah Ayahku! Tapi seorang pemuda akan berkata, inilah Aku!"

Secara kesimpulanya, tulisan kali ini ingin mengajak semua pembaca terutamanya golongan-golongan anak muda harapan Agama untuk terus berada di atas landasan perjuangan yang betul. Bukan khayal dengan kejayaan yang telah dirasai, tapi sedar akan kemenangan yang masih belum di kecapi.

Ingat, sesuatu impian itu hanya akan digelar realiti setelah ia berjaya dilaksanakan.

Sauh Dilabuhkan,
Wassalam.
Pelayar Bahtera.
14 Sha'ban 1433H

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Rancang perjalanan hidupmu sebaik mungkin tanpa melupakan bahawa Dia juga punyai perancangan tersendiri buat hidupmu. Usah terlalu berharap pada yang Dimiliki, panjatkan segala kebergantunganmu hanya pada yang Memiliki" -DaMai-