PelayarBahtera. Powered by Blogger.
Share

Setelah sekian lama diri menyepi mencari kekuatan hati, dirasakan jari- jemari yang naif menulis ini seakan-akan ingin menari untuk memberi. Pelayaran ini dimulai...

Diari: Angan-Angan Setinggi Layang-Layang

Monday 16 April 2012

Alhamdulillah, hujung minggu lepas saya dan beberapa orang rakan diberi peluang untuk berusrah sedikit lain dari kebiasaan yang mana kali ini kami berusrah di taman layang-layang. Ya, terasa diri ini lebih bersemangat apabila kadang-kala dapat berusrah diluar dari kawasan kampus. Pesanan saya, kepada naqib-naqib yang masih lagi tegas berpegang bahawa usrah itu seharusnya dimasjid, cubalah bawa mad'u-mad'u anda untuk melihat kebesaran dan keluasan alam ciptaaNYA. Saya pasti, usrah anda akan menjadi lebih menarik, seterusnya membuahkan rasa minat dihati mad'u untuk terus bersama kalian.

Taman Layang-Layang
Melihatkan layang-layang yang terbang bebas di sana-sini, saya teringat akan suatu perumpamaan. Kita, manusia yang hidup di atas muka bumi ini boleh di ibaratkan layang-layang yang terbang bebas di awangan. Bebas kekiri kekanan mengikut rentak tiupan angin, namun harus diingat, mestilah pada layang-layang tersebut terdapatnya satu tali yang teguh mengikat dengan harapannya mudah-mudahan layang-layang tersebut tidak terlepas lantas tersasar arah tujuannya entah kemana. Pada asasnya, layang-layang yang terbang tinggi itu akan indah dipandang hanya ketika ia terikat pada talinnya. Seandainya terlepas dari ikatan tersebut, maka hilanglah keindahan itu sebagaimana hilangnya layang-layang itu.

Begitulah seharusnya dimiliki oleh setiap jiwa-jiwa yang hidup diatas muka bumi ini. Ya, kamu bebas dalam menentukan pilihan untuk hidup kamu. "Each and every one of us have a right of choosing". Tetapi, seperti yang saya umpamakan tadi, jika layang-layang terikat pada talinya maka kebebasan manusia pula seharusnya di ikat kuat oleh sesuatu yang mampu membimbing dan menunjukkan jalan dalam menyelusuri kehidupan ini agar tiada tersasar pilihan hidup yang bakal dibuat, agar bahagia disini, tenang disana.

Terbang Bebas
Di antara ikatan yang saya maksudkan ialah tentunya Islam itu sendiri. Asanya ialah Islam, walau apa pun yang kita lakukan, ingatlah bahawasanya tindakan kita tersebut mestilah sentiasa berada di dalam lingkungan batas-batas yang telah ditentukan oleh syariat. Pegangan atau prinsip hidup yang teguh juga memaikankan peranan yang amat besar dalam mengikat padu jiwa-jiwa ini agar kita tidak mudah dipengaruhi. Selain itu, kehadiran sahabat-sahabat yang baik akhlaknya ataupun ia memiliki pemahaman yang bagus terhadap Islam sebagai cara hidup itu sendiri amat penting dalam menasihati atau menyedarkan kita seandainya terlalai atau terleka.

Dari sekitar ruang lingkup itulah perbincangan Halaqah kami di Taman Layang-Layang hujung minggu lepas berlansung. Soal mimpi, angan-angan, impian dan perancangan dalam kehidupan 10 atau 20 tahun akan datang sama ada dari sudut kerjaya, keluarga mahupun perjuangan di masa hadapan. Perbincangan kami dimulakan dengan MIMPI "seandainya anda diberi pilihan untuk memilih mimpi, minpi apakah yang paling anda inginkan". Ada diantara kami mengimpikan untuk kembali kezaman kanak-kanak dahulu, ada juga yang mengimpikan untuk berada di tempat yang paling tinggi, ada yang ingin bermimpi bertemu RASULULLAH s.a.w dan saya, mimpi yang paling saya inginkan ialah, semua mimpi-mimpi indah saya menjadi kenyataan.

Setelah itu, untuk slot kedua, kami diberi masa sekita sepuluh minit bagi memikirkan perancangan hidup selama 10 atau 20 tahun akan datang sama ada dari segi perancangan keluarga, kerjaya dan perjuangan. Setiap seorang mula sibuk memikirkan perancangan pelan perjalanan kehidupan setelah tamat pengajian Ijazah Muda. Di antara kami, ada yang bercadang untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, ada juga yang ingin melancong ke negeri luar bagi mencari pengalaman dan ada juga yang ingin sepenuh masa bersama dalam menggerakkan gerak kerja Amal Islami. Dan saya, perancangan 10 atau 20 tahun akan datang mulai kelihatan, jelas berbanding sebelumnya. Bermanfaatnya USRAH!!

Setelah hampir satu jam lebih kami meluangkan masa bersama di Taman Layang-Layang, berkongsi impian dan angan-angan, kami mula berkemas untuk berangkat pulang memandangkan hari pun semakin gelap. Ratusan pengunjung yang hadir juga mulai beransur pulang perlahan-lahan. Akhirnya, konklusi yang mugkin boleh saya utarakan untuk mengikat perbincangan-perbincangan kami petang ini, agar tidak tersasar hanyut ibarat layang-layang yang terputus talinya ialah, sejauh manapun perancangan kita dalam hidup ini, sebenarnya Allah telah pun punyai perancangan tersendiri buat kita. Pesan buat diriku dan teman, redhalah jika perancanganmu nanti tidak sehaluan perancangaNYA, pasti kau miliki bahagia.


Sauh Dilabuhkan, 
Wassalam.
Pelayar Bahtera...
24 Jamadil Awal 1433H.

2 comments:

.:~GAPAI REDHA ILAHI~:. 20 April 2012 at 13:52  

subhanallah..indah..

smoga impian-impian antum diberkati Allah..

berbahagialah dgn prncangan Allah wlupun ia tdk selari dgn prncagan kita..sungguh, Dia Maha Mengetahui..

siiru 'ala barakatillah..

Syahrulツ 24 April 2012 at 07:32  

Trmksh..
Yup, sungguh..Dia Maha Mengetahui..ALLAH..

Insya'allah, moga impian saudari juga diberkati..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Rancang perjalanan hidupmu sebaik mungkin tanpa melupakan bahawa Dia juga punyai perancangan tersendiri buat hidupmu. Usah terlalu berharap pada yang Dimiliki, panjatkan segala kebergantunganmu hanya pada yang Memiliki" -DaMai-