PelayarBahtera. Powered by Blogger.
Share

Setelah sekian lama diri menyepi mencari kekuatan hati, dirasakan jari- jemari yang naif menulis ini seakan-akan ingin menari untuk memberi. Pelayaran ini dimulai...

Aktiviti: Jaulah Kelantan-Thailand Siri 1

Saturday 21 January 2012


Memenuhi Undangan

Kelihatan Pengantin Lelaki Sedang Bersiap Sedia.


Usai sahaja pengajian di waktu pagi, dan memandangkan tiada pengajian di sebelah petang, kami berempat sepakat untuk menghadiri jemputan Walimatul Urus seorang kakak senior yang tinggal berdekatan dengan kampung saya, iaitu saudari Khairana dan pilihan hatinya saudara Faizi.

Ini kali pertama rasanya berpeluang untuk lihat upacara Aqad Niqah secara ‘live’ dari awal hingga akhir(anak sulong biasalah, jadi ‘jong kako sokmo’), dan Alhamdulillah, dengan hanya sekali lafaz, mereka berdua sah di ijab kabulkan. Kami doakan moga kalian berdua bahagia hingga ke SyurgaNYA, ameen. Terima kasih atas jemputan. Akan tibakah saat untuk diri ini?

Setelah selesai majlis, solat pun sudah, menjamu hidangan pun sudah, kami mohon mengundur diri kerana masih banyak tempat yang ingin dutuju walaupun kami sendiri belum tahu kemanakah destinasi seterusnya. Tanpa arah tujuan yang jelas, kami terus menghala ke Tumpat, menuju Pengkalan Kubur atas desakan rakan dari Perak dan Terengganu yang teramat sangat ingin kesana.

Ketika dalam perjalanan, kami mula berhajat untuk ke Pantai Sri Tujuh, Kawasan Bebas Cukai dan ingin juga melihat dengan mata sendiri negara Gajah Putih yakni Thailand yang dikatakan hanya dipisahkan oleh sebatang sungai dan berhadapan dengan perlabuhan Pengkalan Kubur.

Satu Pengkalan Demi Satu Pengkalan


Setelah kami sampai di Pangkalan Kastam, Pengkalan Kubur. Takbai, Thailand dapat dilihat dengan jelas dari sini dan ketika melihat-lihat keadaan sekeliling terjadilah perbualan ini di antara kami.

“Buleh dok, kalu nok gi sane(Takbai, Thailand)?”  Seorang rakan kami bertanya.
“Buleh jah, dulu aku duk gi sokmo kok nu, mg nok gi ko?”  Saya menjawab soalan tersebut.
“Nok ah, aku nak jijok jugok tanoh sie(siam) hari ni”  Tambahnya lagi.


Maka, angan-angan untuk ke Negara Jiran mulai terbit, tapi dengan ketiadaan passport yang sah, kami tidak dibenarkan melalui pengkalan ini, maknanya kami tidak berpeluang untuk menaiki Feri ke seberang. 

Justeru, kami menuju ke pengkalan lain yang terletak di Kg Tanjung( I used to stay in this village before migrate to Wakaf Bharu ). Kebiasaanya, di pengkalan inilah orang-orang kampung atau penduduk luar menyeberangi sungai untuk ke Takbai. Tapi malangnya, nasib tidak mnyebelahi kami kali ini, kami tidak di benarkan menggunakan pengkalan ini hari ini kerana pihak Polis sedang bertugas.

Pengkalan Kg.Tanjung, di hadapan sana ialah Takbai, Thailand.


Namun, tanpa berputus asa, kami meneruskan perjalanan ke satu lagi pengkalan, iaitu pengkalan Simpangan yang terletak tidak jauh dari sini. Dalam perjalanan ke sana, kami terserempak dengan pihak tentera yang sedang membuat sekatan jalan raya.

Kebiasaannya sekatan yang dilakukan oleh mereka adalah untuk mengesan kegiatan-kegiatan penyeludupan beras dari Thailand ke Malaysia,  minyak dari Malaysia ke Thailand dan juga barang-barang yang salah di sisi undang-undang, tapi agak kehairanan kali ini kerana biasanya tiada sekatan yang di lakukan di kawasan ini walaupun berderetan kelihatan ‘Markaz Tentera’ di tepi jalan raya. Kenderaan kami disekat dan salah seorang tentera menghampiri kami.

‘Assalamualaikum Encik’  Driver memulakan sapaan.
‘Bukak bonet!’  Arahnya dengan tegas tanpa menjawab salam dari kami.

‘Terima Kasih encik’  ucap kami beserta senyuman yang juga tidak berbalas sebelum kami berlalu pergi.

 Alhamdulillah, tiada apa-apa yang mencurigakan. Agak gementar sebenarnya behadapan dengan mereka yang lengkap bersenjata walaupun tiada kesalahan yang dilakukan, namun semua itu tidak melunturkan sedikit pun keinginan kami untuk ke seberang. Setelah lebih kurang 15 minit perjalanan, kami tiba di pengkalan Simpangan.


Pengkalan Simpangan, dihadapan ialah Nat Nerrong, Thailand.

Angan-angan Menjadi Kenyataan

“Boh, buleh dok kito nk sebere(menyeberangi) gi sano meta, pahtu nak mari kok ni pulok?”  Saya bertanya kepada salah seorang pengemudi bot penambang yang berada di pengkalan.
“buleh, buleh, kalu demo nak mari kok ni pulok, demo naik bot hok tu”  Jawab pengemudi bot tersebut sambil menunjukkan jarinya ke arah bot lain yang berada di seberang.

Mendengar sahaja akan jawapan dari pengemudi bot tersebut, wajah kami kelihatan berseri-seri. Hanya dikenakan bayaran RM 1 untuk seorang, kami meninggalkan bumi Malaysia dengan menaiki perahu menyeberangi sungai yang memisahkan dua negara tersebut.

Sebenarnya sebelum ni agak kerap juga saya bertandang ke Negara ini, kerana ada keluarga sebelah ayah(he’s able speaking Thailand fluently) di sana dan untuk pengetahuan, saya sendiri telah memulakan pendidikan terawal saya di salah sebuah sekolah yang terdapat di Narathiwat, Thailand sebelum memasuki Tadika di Malaysia, sempat juga la belajar beberapa huruf, nombor dan sedikit perkataan-perkataan asas untuk pertuturan. Tapi, semenjak terjadi beberapa rusuhan di Negara ini, saya dan keluarga jarang ke sana, ada cerita di sebaliknya, insya’allah di post yang lain. 


Menyeberangi Sungai Tak Bai.

Akhirnya setelah lebih kurang 7 minit perjalanan menyeberangi sungai ini, kami berempat selamat tiba di Pengkalan Nat Nerrong, Thailand. Harapan , impian yang sebelum ini menjadi angan-angan untuk kami menjejakkan kaki ke bumi Thailand kini tercapai.

Currently, outside of country. Dengan tidak mensia-siakan peluang keemasan ini, kami ronda-ronda di sekitar kampung Nat Nerrong, suasananya tiadalah berbeza sangat dengan suasan-suasana kampung di Malaysia dan kebanyakan penduduk di sini adalah beragama Islam.

“Mari mano rama-rama ni” Kami ditegur oleh seorang penduduk kampung ini.
“Takdok lah, mari jale-jale sini” Kami membalas.
“Asor pukul wapo sini?” Seorang rakan kami bertanya.
“pukul 3.30 ptg, asal mano ni, Kedah ko?” Tanya akak tersebut sejurus menjawab soalan kami tadi. Mungkin disebabkan lorat negeri yang di dengarnya tadi, “asor”.
“Eh, dok ah” Jawab rakan kami yang lain.
“ko asal ganung” Teka akak itu lagi.
“Ho, dio ni asal ganung” Jawab seorang lagi rakan kami sambil menepuk-nepuk bahu rakan yang bertanya itu tadi dan perbualan ini disambut dengan gelak ketawa.

Salah Sebuah Sekolah Di Nat Nerrong, Thailand.


Line Celcom masih berfungsi di sini.
Setelah hampir satu jam lebih kami ‘merayau-rayau’ di sini, melihat pemandangan dan suasana kampung, beramah mesra dengan beberapa orang penduduk disini(mereka masih menuturkan bahasa ‘kelate’), dua tiga tempat telahpun kami lawati, pelbagai kenangan telah kami rakamkan dan dengan berat hatinya kami terpaksa mengambil keputusan untuk kembali ke Negara asal kami, Malaysia sebelum cuaca cerah beransur gelap. Selamat Tinggal bumi Thailand, kami doakan terutamanya buat umat Islam di sini agar beroleh ketenangan dan kesejahteraan. Amin.


Di Pintu Pagar Bansreepangan School, Nat Nerrong, Thailand.

Waktu Asar Disini Ialah 3.30 ptg Thai yang Bersamaan 4.30 ptg Msia


Perjalanan Diteruskan

Tibanya di Pengkalan Simpangan, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya. Kami singgah sebentar di masjid untuk solat asar dan setelah itu kami menuju ke salah sebuah kedai makan yang berdekatan untuk menikmati Mee Chambo. Kebetulan saya mengenali pemilik kedai makan tersebut, jadi kami mendapat potongan harga yang istimewa, mungkin rezeki kami hari ini.


Mee Chamboo, Pastikan Yang Halal.
Setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang terakhir di Daerah Tumpat ini iaitu, Pantai Sri Tujuh bagi menghilangkan rasa penat dan lelah setelah sehari suntuk kami merantau. 15 minit perjalanan, kami tiba di tempat yang dimaksudkan.


Pantai Sri Tujuh Is Waiting For Us.
















Menikmati Keindahan Panorama Pantai.














Dengan suasana yang nyaman, tiupan angin laut yang mendamaikan, ketenangan sedikit sebanyak menyapai kalbu. Riuh tawa suara kecil kanak-kanak yang sedang riang berkejaran dan sesekali mengelak ombak yang memukul persisiran pantai sangat menggamitkan suasana. Sesekali dihalakan pandangan ini terus ke tengah lautan yang luas, melihat akan kebesaran ciptaaNya, Subhanallah.


Bersambung Ke Aktiviti: Jaulah Kelantan-Thailand Siri 2

2 comments:

IbnAbbas,  5 February 2012 at 16:34  

Kuat teh derrak yo, dok ajok doh kito.:(
haha

p/s: nice belog

Syahrulツ 26 February 2012 at 22:10  

@IbnAbbas Huhu, xrancang pun nak gi derrak sapa setaro tu benarnyo..

Terima kasih, baru belajar. Nak tnya jgok bennar, IbnAbbas ni sapo? Maaflah, xbrapo nk ce..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Rancang perjalanan hidupmu sebaik mungkin tanpa melupakan bahawa Dia juga punyai perancangan tersendiri buat hidupmu. Usah terlalu berharap pada yang Dimiliki, panjatkan segala kebergantunganmu hanya pada yang Memiliki" -DaMai-