PelayarBahtera. Powered by Blogger.
Share

Setelah sekian lama diri menyepi mencari kekuatan hati, dirasakan jari- jemari yang naif menulis ini seakan-akan ingin menari untuk memberi. Pelayaran ini dimulai...

Surat Yang Dikirim Dahulu, Kini Berbalas.

Friday, 24 February 2012

Tanggal 07 Feb 2012 bersamaan 14 Rabiul Awal 1433H, satu surat rasmi dari “Academic Management And Admission Division” telah selamat diterima.

SYAHRUL AZLAN ABDULLAH (Matric No.:111XXXX)
Lot 1520-B, JALAN BARU,
WAKAF BHARU

Assalamualaikum wrt. Wbt.
Dear Brother/Sister,

APPLICATION FOR CHANGE OF PROGRAMME, SEMESTER 2, 2011/2012 SESSION

Please be informed that the university has approved your application for change of programme as follows:-
Previous Programme : Bachelor of Engineering (Material)
Current Programme  : Bachelor of Human Science (Psychology)


Surat Yang Dihantar Dahulu

Terimanya surat rasmi tersebut, maka telah rasmilah diri ini bukan lagi pelajar Kejuruteraan Bahan, tetapi kini bergelar pelajar Sains Kemanusiaan pengkhususan dalam bidang Psikologi, insya’Allah dengan izinNYA.

Seperti yang dijangka, ramai rakan disekeliling mahupun yang jauh mata memandang bertanya akan sebabnya apabila mengetahui akan hal ini dan selalunya mereka bertanya dengan nada terkejut.

Hanya beberapa orang sahaja yang tahu akan hal ini itupun kerana terpaksa, tidak berniat untuk merahsiakan hal ini dari semua, cuma situasi ketika keputusan ini di ambil dulu, masih belum pasti jawapan yang bakal diterima, mungkin saja lulus dan mungkin saja tidak. Jadi, daripada menghebohkan perkara yang belum tentu, baik didiamkan sahaja.

Sebab, kenapa keputusan ini di ambil? Adalah beberapa sebab-sebab yang tertentu (mungkin agak tidak sesuai untuk dikhabarkan disini) yang memungkinkan keputusan ini dibuat lebih kurang dua bulan yang lalu.

Walaubagaimanapun, insya’allah keputusan yang di ambil ini telah difikirkan dengan sematang-matangnya, difikirkan baik dan buruknya, telah di suarakan kepada keluarga, telah di tanyakan pendapat-pendapat  naqib dan telah dibawa berbincang dengan caunselor, juga bebarapa orang sahabat handai.

And the most important is, keputusan ini hadir, insya’allah bersama-sama doa yang dipanjatkan ke hadratNYA, agar terus memandu dan meredhai perjalanan hamba dalam keputusan yang bakal di buat.

Alhamdulillah, jalan yang dihajatkan untuk dilalui selepas ini telah dimakbulkanNYA. Hanya mengharapkan setulus doa dari kalian buat diri ini agar terus gagah menyelusuri laluan menggapai impian.

p/s : Moga ianya salah satu helaian dari helaian-helaian indah sebuah diari kehidupan baru.

Sauh Dilabuhkan,
Wassalam.
PelayarBahtera...

10 comments:

Anonymous,  27 February 2012 at 10:31  

Jika Allah kurniakan suatu kelebihan... maka ianya akan pasti sampai walaupun semua org menghalangnya...
Demikian jika Allah menghalangi suatu kelebihan, ianya xkan tiba biarpun semua makhluk membenarkannya...

Syahrulツ 28 February 2012 at 08:37  

@Anonymous yup, exactly..Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kpd seseorang, dia tdk boleh ditahan oleh ap2 tangan sekalipun. Jika Allah menghalang kebahagiaan kpd seseorang, dia tidak boleh dihulur oleh apa2 tangan sekalipun.

Atie Musfirah 7 March 2012 at 00:12  

we are in same shoes a.shahrul..
dari sains tulen ke sains sosial..
apapun,, bittaufiq wannajah..

jd yg bermanfaat walau di lapangan manapun kita..

Anonymous,  13 July 2012 at 17:56  

dr jauh,doa shbt utk shbtnya y ini..

Syahrulツ 13 July 2012 at 21:34  

Terima Kasih..
Hendak dibalas doa itu, tapi tidak tahu siapakah gerangan yang mendoakan tersebut.. Apapun doa itu tetap di panjatkan, kerana yakin Ia Maha Mengetahui..

Anonymous,  17 July 2012 at 00:14  

sama2.amen..

Aisyah,  19 September 2012 at 07:49  

Good luck syah..:)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Rancang perjalanan hidupmu sebaik mungkin tanpa melupakan bahawa Dia juga punyai perancangan tersendiri buat hidupmu. Usah terlalu berharap pada yang Dimiliki, panjatkan segala kebergantunganmu hanya pada yang Memiliki" -DaMai-