Diari: Angan-Angan Setinggi Layang-Layang
Alhamdulillah, hujung minggu lepas saya dan beberapa orang rakan diberi peluang untuk berusrah sedikit lain dari kebiasaan yang mana kali ini kami berusrah di taman layang-layang. Ya, terasa diri ini lebih bersemangat apabila kadang-kala dapat berusrah diluar dari kawasan kampus. Pesanan saya, kepada naqib-naqib yang masih lagi tegas berpegang bahawa usrah itu seharusnya dimasjid, cubalah bawa mad'u-mad'u anda untuk melihat kebesaran dan keluasan alam ciptaaNYA. Saya pasti, usrah anda akan menjadi lebih menarik, seterusnya membuahkan rasa minat dihati mad'u untuk terus bersama kalian.
Taman Layang-Layang |
Begitulah seharusnya dimiliki oleh setiap jiwa-jiwa yang hidup diatas muka bumi ini. Ya, kamu bebas dalam menentukan pilihan untuk hidup kamu. "Each and every one of us have a right of choosing". Tetapi, seperti yang saya umpamakan tadi, jika layang-layang terikat pada talinya maka kebebasan manusia pula seharusnya di ikat kuat oleh sesuatu yang mampu membimbing dan menunjukkan jalan dalam menyelusuri kehidupan ini agar tiada tersasar pilihan hidup yang bakal dibuat, agar bahagia disini, tenang disana.
Terbang Bebas |
Dari sekitar ruang lingkup itulah perbincangan Halaqah kami di Taman Layang-Layang hujung minggu lepas berlansung. Soal mimpi, angan-angan, impian dan perancangan dalam kehidupan 10 atau 20 tahun akan datang sama ada dari sudut kerjaya, keluarga mahupun perjuangan di masa hadapan. Perbincangan kami dimulakan dengan MIMPI "seandainya anda diberi pilihan untuk memilih mimpi, minpi apakah yang paling anda inginkan". Ada diantara kami mengimpikan untuk kembali kezaman kanak-kanak dahulu, ada juga yang mengimpikan untuk berada di tempat yang paling tinggi, ada yang ingin bermimpi bertemu RASULULLAH s.a.w dan saya, mimpi yang paling saya inginkan ialah, semua mimpi-mimpi indah saya menjadi kenyataan.
Setelah itu, untuk slot kedua, kami diberi masa sekita sepuluh minit bagi memikirkan perancangan hidup selama 10 atau 20 tahun akan datang sama ada dari segi perancangan keluarga, kerjaya dan perjuangan. Setiap seorang mula sibuk memikirkan perancangan pelan perjalanan kehidupan setelah tamat pengajian Ijazah Muda. Di antara kami, ada yang bercadang untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, ada juga yang ingin melancong ke negeri luar bagi mencari pengalaman dan ada juga yang ingin sepenuh masa bersama dalam menggerakkan gerak kerja Amal Islami. Dan saya, perancangan 10 atau 20 tahun akan datang mulai kelihatan, jelas berbanding sebelumnya. Bermanfaatnya USRAH!!
Setelah hampir satu jam lebih kami meluangkan masa bersama di Taman Layang-Layang, berkongsi impian dan angan-angan, kami mula berkemas untuk berangkat pulang memandangkan hari pun semakin gelap. Ratusan pengunjung yang hadir juga mulai beransur pulang perlahan-lahan. Akhirnya, konklusi yang mugkin boleh saya utarakan untuk mengikat perbincangan-perbincangan kami petang ini, agar tidak tersasar hanyut ibarat layang-layang yang terputus talinya ialah, sejauh manapun perancangan kita dalam hidup ini, sebenarnya Allah telah pun punyai perancangan tersendiri buat kita. Pesan buat diriku dan teman, redhalah jika perancanganmu nanti tidak sehaluan perancangaNYA, pasti kau miliki bahagia.
Sauh Dilabuhkan,
Wassalam.
Pelayar Bahtera...
24 Jamadil Awal 1433H.
2 comments:
subhanallah..indah..
smoga impian-impian antum diberkati Allah..
berbahagialah dgn prncangan Allah wlupun ia tdk selari dgn prncagan kita..sungguh, Dia Maha Mengetahui..
siiru 'ala barakatillah..
Trmksh..
Yup, sungguh..Dia Maha Mengetahui..ALLAH..
Insya'allah, moga impian saudari juga diberkati..
Post a Comment