Cerpen: Lafaznya, Bukan Sekadar Pemanis Bicara.
Kelihatan urusetia sedang sibuk menjalankan tugas mereka, manakala di suatu sudut, Syafiq tekun meneliti baris-baris terakhir kertas kerja yang akan dibentangkanya sebentar lagi menggantikan pembentang asal yang tidak dapat hadir kerana terlibat dengan satu kemalangan empat hari lepas.
Sedang semuanya sibuk dengan tugas masing-masing, mereka dikejutkan dengan bunyi pintu yang dibuka dan kelihatan sosok tubuh amir terhinjut-hinjut berjalan kearah mereka.
“Eh Amir! Apa yang kau buat kat sini, kan kaki kau masih belum ok lagi tu, rehat je lah kat rumah, nanti makin menjadi-jadi luka kau tu” nasihat Hakim, teman baiknya sejak dari sekolah rendah lagi hinggalah sekarang.
“aku ok je la, lagi pun ni memang dah jadi tanggung jawab aku” respon Amir bersahaja.
“Ye la, tapi aku tengok kaki kau tu masih belum baik sepenuhnya lagi, kalu jadi apa-apa kan kau jugak yang susah, lagipun dengan waktu yang ada ni aku tak rasa kau ada masa yang cukup untuk ‘prepare’ isi-isi pembentangan pagi ni ,” Hakim melahirkan rasa prihatin dan khuatir terhadap sahabatnya.
“Aku tak apa-ape la, dah dah bagi aku kertas kerja tu, tak perlu nak ‘prepare’ banyak-banyak pun, semuanya dah ada kat dalam kepala otak aku ni” jawapan Amir seolah-olah membanggakan diri itu melahirkan rasa kurang enak sahabat-sahabat terhadap dirinya.
“Sombong diri nampak, dengar la cakap Hakim tu Mir, kamu tu belum sembuh lagi, lagipun kami dah minta tolong Syafik untuk gantikan tepat kamu, dia pun dah bersedia dah tu” tambah Ainun yang memang tidak suka dengan sikap Amir yang terlalu ambil mudah dalam satu-satu perkara.
“Aku dah cakap aku boleh handle aku boleh handle la kan, korang jangan sibuk sangat boleh tak, dah! Pergi buat kerja” tegas Amir membuatkan rakan-rakanya terus senyap, bukanya mengalah tapi tidak mahu bertengking dengan Amir, terkenal sangat dengan sifatnya yang cepat melenting.
Persembahan Amir kali ini kurang memuaskan sepanjang slot, perbentangan yang tersekat-sekat melihatkan ketidak sediaanya dalam menghuraikan isi perbentangan. Sewaktu sesi soal jawab pula, Amir kelihatan tergagap-gagap memberi jawapan menyebabkan mulai kedengaran bisikan suara-suara kecil para peserta.
Tidak senang melihat akan keadaan itu, sahabatnya Hakim yang berada dibelakang dewan tampil kehadapan memberikan penjelasan dan menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh para peserta.
Tidak senang melihat akan keadaan itu, sahabatnya Hakim yang berada dibelakang dewan tampil kehadapan memberikan penjelasan dan menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh para peserta.
Nafas kelegaan terlihat di wajah urusetia yang berada di belakang apabila Hakim berhasil mententeramkan kembali suasana dewan.Slot seterusnya ditangguhkan dengan Kafaratul Majlis dan Surah Al-Asr.
************************************************ ***********************************
“Kau ni memang saja nak malukan aku kan” sindir Amir kepada Hakim setelah mereka tiba di bilik urustia. Ia agak tercabar sewaktu Hakim membantunya ketika sesi soal jawab tadi.
“Apa kau cakap ni Mir, aku hanya nak bantu kau je tadi, tak terniat walau sedikit pun di hati aku, yang aku nak malukan sahabat aku sendiri.” Hakim menafikan, agak terkejut dengan tuduhan sahabatnya.
“Aaah! kau ni memang dari sekolah rendah lagi, suka tengok aku diperlekehkan macam ni, suka kalau aku dimalukan, kau ni sahabat jenis apa ah!” Amir semakin naik angin, masih tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku tadi.
“Dah la Amir, aku tak nak bertengkar, kau pergilah rehat dulu dan aku tak kisah pun apa yang kau cakap pasal aku, yang aku tahu niat aku tadi ikhlas nak bantu kau. Maaflah kalau aku ada buat salah” Hakim mengalah dan berlalu, dia tahu mungkin emosi Amir sedikit terganggu selepas terlibat kemalangan tempoh hari ditambah dengan kejadian di dalam dewan sebentar tadi.
“Hakim, kau nak pergi mana tu? aku belum habis lagi dengan kau ni, kau jangan nak mengelak dari aku” soal Amir yang masih tidak berpuas hati dengan Hakim yang pergi begitu saja selepas memalukanya tadi.
Hakim tidak menghiraukan teriakan Amir, baginya tidak perlu untuk ia bertengking dengan Amir akan perkara kecil sebegini, masih banyak tugas yang perlu diselesaikan. Hakim meneruskan langkahnya menuju ke arah pintu keluar.
Berang dengan sikap Hakim yang tidak mempedulikanya, Amir mengambil botol air yang masih penuh terisi di atas meja lalu melontarnya kearah Hakim untuk menghalangnya keluar. Botol tersebut terkena tepat di kepala Hakim menyebabkan ia tersandung meja lalu rebah, kelihatan bibirnya sedikit terluka. Amir terkejut.
Para urusetia terkejut dengan tindakan Amir, belum sempat mereka hulurkan bantuan,Hakim bangkit dan mengesat titisan darah yang mengalir dibibirnya. Ia seolah-olah tidak percaya bahawa Amir akan sanggup mencederakan dirinya. “Amir, kita dah lama bersahabat Mir, sejak dari sekolah rendah lagi aku kenal kau kan, dan aku memang kenal sangat bahawa sahabat aku yang sorang ni memang cepat melenting sikit berbanding sahabat-sahabat aku yang lain, tapi tak pe sebab aku faham, aku faham kerenah sahabat aku sorang ni. Cumanya hari ni aku sedikit terkejut dengan tindakan kau Mir, mungkin salah aku juga, aku masih belum betul-betul memahami sahabat aku. Aku tak kisah pun kalau kau nak buat aku lebih teruk dari ni kalau kau rasa tu boleh puaskan hati kau. Tapi aku tertanya-tanya mana sifat Salamatus Sodri(berlapang dada) yang seringkali kau sebut-sebut sewaktu usrah kita dulu?” Hakim melahirkan rasa kekecewaanya terhadap Amir.
“Ermm, Hakim aku mint…” belum sempat Amir melahirkan rasa kekesalan atas tindakanya tadi, Hakim meneruskan lagi ucapanya.
“Kalau kau masih ingat kan, sewaktu awal-awal persahabatan kita dulu, pernah aku bertanya, kenapa ya sampai Allah mengutuskan dua orang rasul dalam satu tempat contonya seperti Nabi Harun Nabi Musa dan Nabi Isa dan Nabi Yahya A.S. Dan jawapan yang kau berikan dulu masih segar di ingatan aku Mir” Hakim membiarkan Amir seketika mengimbau kembali detik-detik itu.
“Kata kau, Hakim, sebenarnya salah satu daripada sebab kenapa di utuskan dua orang rasul dalam satu tempat atau satu tempoh masa adalah untuk mereka saling bantu membantu dalam menjalankan usaha dakwah kepada masyarakat kaumnya. Sebagai contoh dalam kes Nabi Musa dan Nabi Harun A.S, diriwayatkan bahawa Nabi Musa tidak petah bercakap kerana bara api yang telah membakar lidah baginda sewaktu kecil. Nabi Musa pernah memukul kepala firaun sewaktu kecil ketika didukungnya. Perkara ini menyebabkan Firaun merasa marah dan hendak menjatuhkan hukuman keatasnya iaitu pancung. Isterinya Asiah yang terlalu kasih kepada Musa meminta diberikan peluang untuk diadili kerana beliau masih kecil. Lantas baginda diberi pilihan antara bara dan permata. Apabila baginda hendak mencapai permata, Malaikat Jibril menolak tanganya kepada bara api lalu dimakan, hingga terbakarlah lidahnya. Jadi, salah satu sebab kenapa Nabi Harun diutuskan bersama-sama Nabi Musa ialah agar baginda dapat membantu Nabi Musa dalam menyeru manusia kepada Allah.” Hakim menceritakan kembali detik-detik awal perkenalan mereka dahulu.
“Amir, niat aku hanyalah untuk mencontohi kisah perjuangan Nabi Harun yang membantu saudaranya Nabi Musa dalam menyampaikan risalah Islam, ternyatanya ia tidaklah semudah yang aku sangka tapi akan aku usahakan lagi Mir. Cuma pesan aku buat, lafaz manisnya ukhuwwah bukan sekadar penghias bicara, tapi ia akan sendirinya hadir bila hati-hati insan bersatu bersama membantu dalam perjuangaNYA.” Hakim sebak, ia mengakhiri kata-katanya dengan sepotong ayat suci al-Quran sebelum berlalu pergi.
“Dan Sesungguhnya Kami telah berikan Kitab Taurat kepada Nabi Musa, dan Kami lantik saudaranya Nabi Harun, sebagai pembantunya." [Al-Furqan : 35]
“Puas hati??? Susah sangat ke nak ucap terima kasih kepada orang yang telah membantu kita, mahal sangat ke harga ucapan terima kasih tu? Hiduplah dengan rasa ego dalam diri tu!.” Bentak Ainun yang terkilan dengan kelakuan Amir sebentar tadi lalu pergi meninggalkanya sendirian.
Amir terpaku seketika mendengar kata-kata dari sahabatnya. Terasa berat dadanya lantas titisan jernih mula mengalir keluar dari kedua anak matanya, moga titisan ini titisan keinsafan akan khilafnya, moga titisan ini akan mengukuhkan lagi ukhuwwah di antara mereka, “Maafkan aku sahabat”.
-Sekian-
p/s: Cerpen ini pernah dihantar dalam satu pertandingan dan telah terpilih untuk dimuatkan dalam satu majalah. Dapatlah sedikit hadiah. :p Memang diakui jalan ceritanya tak menarik pun dan yang ini telah di edit sedikit kerana karya yang asal terlalu ringkas. Hadiah dan terpilih untuk masuk dalam Majalah tu mungkin sebab tak de sangat kot orang hantar, tu yang dapat tu. Apa pun Alhamdulillah, dapatlah dikongsi hadiah yang sedikit tu dengan beberapa orang teman.
Sauh Dilabuhkan,
Wassalam.
PelayarBahtera...
0 comments:
Post a Comment