Aktiviti: i-FlashMob "Spread the Sunnah"
Mengisi Hujung Minggu
Layar Bahtera kali ini dihalakan ke bangunan pencakar
langit, KLCC untuk bersama-sama Majlis Dakwah Dan Kebajikan Gamis (MDK) dalam
program i-FlashMob dengan temanya "Spread the Sunnah".
Walaupun hajat untuk turun ke Himpunan Aman Selamatkan
Syiria yang diadakan di hadapan Kedutaan Syiria tidak kesampaian kerana
berhadapan dengan beberapa masalah Add and Drop subject untuk semesta ini,
Alhamdulillah, diri ini masih lagi diberi kesempatan keesokan harinya untuk
diisi dengan sesuatu yang bermanfaat.
Perjalanan dimulakan seawal jam 10 pagi bersama-sama
dua orang sahabat, kami diminta untuk berkumpul di Masjid As-Syakirin, KLCC
pada jam 10.30 pagi untuk mendengar beberapa taklimat sepanjang program. Dengan
diri yang masih tertanya-tanya bagaimanakah rupanya program yang akan diadakan
disana nanti, adakah seperti program yang diadakan di Dataran Merdeka sempena
Tahun Baru yang lepas?
"Flash Mob" setelah di tanya kepada Mr
Youtube, kelihatanya seperti akan ada aksi tari menari dan nyanyian. Allah!!!
Tak kan kena menari dalam KLCC kot, agak-agak la. Tapi bila dibaca balik mesej
berkenaan jemputan ke i-FlasgMob yang diterima beberapa hari yang
lepas, Isya' Allah, pengisianya akan baik sebaik tajuknya.
[MDK GAMIS] i-FlashMob MAULID NABI vs VALENTINE'S DAY. Sila bawa sebuah buku bertajuk/tema Nabi Muhammad/Rasulullah SAW, tema pakaian bebas.
Setelah tiba di stesen KLCC, kami terus bergerak ke
Masjid yang dimaksudkan. Disana, kelihatannya taklimat sudah pun bermula.
Kehadiran muslimin dan muslimat mencecah 100 orang tidak termasuk yang tidak
hadir dan yang berhajat untuk hadir tapi tidak kesampaian. Alhamdulillah,
diri ini di izinkan olehNYA untuk hadir.
Setelah mendengar taklimat yang agak
"panjang", kami mula bergerak masuk ke bangunan KLCC dengan
dibekalkan beberapa keping kad menarik yang diselitkan dengan kata-kata hikmah
sempena mengingati baginda, junjungan besar nabi kita, Muhammad SAW. Sollu a'la
nabi.
اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلّم
Beserta dengan senyuman yang paling manis, kad-kad ini kami akan
edarkan kepada pengunjung-pengunjung KLCC. Walaupun ada di antara mereka yang
pada mulanya tertanya-tanya apabila kami menghampiri mereka, namun mereka
memahami setelah membaca isi kandungan yang terdapat di kad yang
diterima, senyuman balas mereka hadiahkan tanda penghargaan. Indahnya
suatu kehidupan, andai kita hiasinya dengan amalan saling ingat mengingati.
Cumanya, di antara kebanyakan mereka, ada juga yang
tidak sudi menerima, seolah-olah ingin mengelakkan diri, kekadang hati ini
bertanya sendirian, di manakah silapnya, sulitkah untuk hati kita menerima
seseorang yang hadir memberi sesuatu yang mungkin menjadi kebaikan untuk diri
kita? Atau mungkin pembawakan seseorang dai'e itu yang harus diperhalusi lagi.
Muhasabah buat diri dan teman.
Itulah kata-kata yang terbit dari salah seorang
pengunjung yang kehairanan melihat gelagat-gelagat kami apabila kami para
peserta diminta mengakukan diri selamat lima minit dengan menggayakan
amalan-amalan mulia yang di anjurkan oleh baginda nabi, Muhammad SAW. Situasi
pada ketika itu yang seolah-olah putaran waktu berhenti seketika telah menarik
perhatian sebahagian besar pengunjung KLCC.
Setelah 5 minit berlalu, kami meneruskan pengedaran
kad-kad yang masih berbaki tadi sambil bergerak menuju ke laluan LRT. Dan
disini sekali lagi, disepanjang laluan LRT KLCC, kami mengakukan diri selama 5
minit tanpa menggangu laluan para pengunjung. Disebabkan ini merupakan
laluan utama pengunjung yang menaiki LRT untuk ke KLCC, maka lebih ramai yang
kehairanan melihat suasana tersebut ketika itu. Ada di antara mereka yang
mengambil peluang ini untuk bergambar bersama para peserta.
Setelah berlalu minit yang kelima, saudara Farid
Hadhari merangkap sebagai Pemgerusi Majis Dakwah daan Kebajikan, mengetuai
alunan selawat sambil berarak di dalam bangunan KLCC bermula dari laluan utama
stesen LRT hingga ke Dataran Air Pancut di luar bangunan.
Para peserta sama ada muslimin atau muslimat yang
hadir, telah menggemparkan KLCC dengan alunan selawat. Sungguh bagi mereka yang
mungkin selama tidak merasai kewujudan tarikh keramat 12 Rabiul Awal, yang mana
peristiwa besar kelahiran junjungan besar nabi kita, Muhammad SAW akan merasai
bertapa hidupnya hari istimewa tersebut pada ketika itu.
Ada diantara pengunjung yang turut sama mengalunkan
bait-bait indah memuji baginda SAW. Kami mengakhiri alunan selawat dengan
laungan takbir sebanyak tiga kali setelah tiba di Dataran Air Pancut. Sebelum
bersurai kami mendengar sedikit ucapan penghargaan dan penutup dari pengerusi
MDK buat peserta-peserta yang hadir dan setelah itu kami bergambar
beramai-ramai.
Jam menunjukkan 12.30 tengahari setelah berakhirnya
program FlashMob tersebut dan kami bertiga mengambil keputusan untuk terus
pulang ke kampus tanpa singgah di mana-mana. Walaupun program kali ini hanyalah
selama lebih kurang 2 jam, tapi moga-moga pengisianya memberi manfaat buat kami
lebih-lebih lagi buat pengunjung yang hadir. LRT yang kami naiki meluncur laju
menuju ke Taman Ilmu Dan Budi.
p/s: Sedikit video pendek pada hari kejadian.. Flash
Mob GAMIS 2012
Sauh Dilabuhkan,
Wassalam.
PelayarBahtera...
0 comments:
Post a Comment