Aktiviti: Jaulah Kelantan-Thailand Siri 2
Hulurkan Tangan Ringankan Beban
Setelah
hampir 15 minit kami menikmati keindahan suasana pantai, kami berjalan menuju
ke kereta dan sewaktu dalam perjalanan itulah kami terserempak dengan seorang
pakcik dan makcik bersama seorang budak yang sedang dalam kesusahan, tayar
kereta yang dinaikinya tersekat didalam pasir pantai.
Rupa-rupanya,
pakcik ini tinggal di Gua Musang dan kedatanganya ke sini adalah semata-mata
ingin membawa cucunya bersiar-siar di pantai ini tanpa mengetahui bahawa jalan
ini tidak boleh dilalui oleh kenderaan. Lalu, kami cuba menghulurkan bantuan
sedaya mungkin memandangkan hari pun sudah beransur gelap.
Beberapa
cubaan dan cara telah di usahakan untuk mengeluarkan tayar yang tersekat
tersebut, malangnya semakin di usaha, semakin dalam pula tayar tersebut
tertanam dan kereta sedikit pun tidak berganjak dari tempatnya.
Melihatkan
usaha yang tidak membuahkan hasil itu, pakcik tersebut mula menghubungi
anaknya untuk datang ke tempat kejadian. Walaupun begitu, kami masih belum
berputus asa, cubaan demi cubaan dilakukan walaupun kemungkinan tayar kereta
tersebut akan tertanam jauh lebih dalam.
Sekali
lagi, engin kereta dihidupkan oleh seorang rakan kami, gear undur dimasukkan,
pedal minyak dan kluc diseimbangkan, stereng cekap di 'main-main'kan
berselang-seli kekiri dan kekanan. Kami yang berada diluar sedaya upaya menolak
kereta tersebut kebelakang, dan selepas beberapa kali cubaan, akhirnya kereta
tersebut mulai bergerak sedikit kebelakang tapi malangnya belum sempat tayar
yang tersekat itu keluar, enginya tiba-tiba mati.
Melihatkan
usaha yang semakin berhasil itu, sekali lagi kami mencuba dan percubaan kali
ini akhirnya tidak menghampakan, tayar yang tersekat tersebut berjaya
dikeluarkan dari lubang yang dibinanya sendiri, Alhamdulillah.
Sebelum
berangkat pergi, pakcik tersebut mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan
dan tetap memberikan kami sumbangan walaupun setelah beberapa kali kami tolak.
Terima kasih juga kami ucapkan, dapatlah ditampung sedikit sebanyak perbelanjaan
perjalanan kami yang masih panjang ini.
Sepetang Bersama
Ketika
tibanya kami di Pantai Sri Tujuh tadi, kami terlihat sesuatu yang menyeronokkan
dan mungkin amat bermakna untuk dirakamkan dalam album kenangan kali ini lantas
kami bercadang untuk singgah sebentar sebelum pulang nanti.
Dah
lama sebenarnya berhajat untuk menaiki “Pedal Boat” ini, sewaktu berehlah ke
Taman Tasik Perdana dulu, tidak berpeluang untuk menaikinya kerana ia masih
dalam proses membaik pulih. Tapi kali ini peluang yang ada di hadapan mata
tidak mungkin di lepaskan begitu sahaja dan dengan hanya bayaran RM 2.50
seorang, kami berempat mengelilingi kawasan sekitar menaiki “pedal Boat” ini.
Untuk
pengetahuan, buat masa sekarang perkhidmatan “Pedal Boat” dan “Kanoe” ini
beroperasi setiap hari kecuali hari Rabu. Harga perkhidmatan ialah RM 5.00 untuk
sewaan sebuah “Pedal Boat”, RM 4.00 untuk sewaan sebuah “Kanoe” dan
masa yang diperuntukan ialah selama 20 minit untuk satu kali bayaran bagi
kedua-duanya.
Jam
sudah menunjukkan hampir pukul 7 petang apabila satu pengumuman dibuat
menandakan masa yang diperuntutkan untuk kami sudah berakhir. Walaupun belum
puas berkejaran, kami terpaksa berhenti disini sahaja memandangkan malam mulai
melabuhkan tirainya.
Hajat
kami untuk singgah membeli juadah di Pasar Malam, Wakaf Baru sewaktu dalam
perjalanan juga terpaksa dilupakan. Lagi pun kami berkira-kira untuk menunaikan
solat fardu maghrib di Masjid Muhammadi, Kota Bharu sebelum meneruskan aktiviti
yang seterusnya.
Permandangan Indah Di Sekitar Masjid Muhammadi, Kota Bharu. |
Selesai
sahaja solat Fardu Maghrib secara berjemaah, kami merehatkan badan yang
keletihan setelah sehari suntuk merantau dengan meluangkan sedikit masa bersama
jemaah masjid membaca Surah Yaa sin yang telah menjadi amalan kebiasaan disini
apabila tibanya malam Jumaat. Setelah selesai, kami bersama-sama menunaikan
solat fardu Isya’ dan mendengar sedikit tazkirah rinkas yang disampaikan oleh
imam berkaitan solat jemaah.
Alhamdulillah,
rezeki datang bagaikan mencurah-curah hari ini, sebelum beredar meninggalkan
masjid kami telah dihidangkan dengan jamuan laksa dan air sirap yang begitu
menyelerakan. Terima kasih kepada pihak yang telah bermurah hati dan bersusah
payah menyediakan santapan untuk malam ini, moga kebaikan kalian dinilai
olehNya, insya’allah.
Juadah Makan Malam. |
Selesai
sahaja menjamu selera, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang terakhir
iaitu ke Pidato Mahasiswa yang di anjurkan sempena Kelantan Islamic Creative
Exhibition[KITE] oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Pidato Mahasiswa kali ini
diadakan di Kelantan Trade Center dengan tema “Suara Mahasiswa Suara
Keramat” dan menghimpunkan barisan pemidato-pemidato dari
kalangan pimpinan-pimpinan mahasiswa.
Dikepalai
oleh Sdr. Syazwan [Mantan Presiden Gamis] sebagai moderator majlis yang sering
menghangatkan dewan, Sdr Adam Adli [Presiden LMP UPSI], Mohammad Iqbal
[Presiden SRC IIUM], Sdr Rohayu Rusly [SIGMA GAMIS] Sdr Akram Akrami [Presiden
GAMIS], Sdr Siti Nurul Piteriah atau lebih dikenali sebagai Yuyu Luna[LMP
UPSI} dan Sdr. Mohd Shazni yang menggantikan Ahmad Fahmi[Presiden PKPIM IIUM].
Suara Mahasiswa, Suara Keramat. |
Barisan Pemidato-Pemidato Yang Menghangatkan Dewan. |
Para Muslimin Yang Hadir Membanjiri Dewan. |
Kehadiran Muslimat Melimpah Sehingga Ke Pintu Masuk. |
Ribuan
hadirin termasuk remaja belasan tahun, kanak-kanak, mahasiswa-mahasiswi dari
serata negeri dan juga mereka-mereka yang sudah berumur tapi masih berjiwa muda
hadir memenuhi dewan menyaksikan pentas pemidato kali ini.
Pelbagai
isu-isu semasa diketengahkan kali ini sama ada isu yang terjadi di kalangan
mahasiswa sendiri atau pun isu-isu yang melibatkan suasana politik Negara.
Keterbukaan Kerajaan Negeri Kelantan dalam memberikan kebebasan bersuara kepada
mahasiswa dalam melontarkan pandangan dan kritikan mereka harus di contohi.
Ramai
juga kenalan-kenalan yang hadir pada tersebut, jika ada yang tidak disapa atau
ditegur, mohon maaf sebanyak-banyaknya, bukan sombong tapi mungkin tidak
perasan dalam kekalutan ribuan yang hadir.
Pidato Mahasiswa akhirnya melabuhkan tirainya
lebih kurang jam 12.30 malam dengan sambutan laungan takbir yang menggamitkan
dewan dan kami, terus berangkat pulang ke tempat penginapan sejurus sahaja
selesai majlis oleh kerana badan terlalu penat setelah seharian
mengembara.
Tiba sahaja di tempat penginapan, kami terus terlena bersama
detik-detik manis perjalanan sepanjang hari ini walaupun hanya tidur beralaskan
karpet dan berselimutkan tuala. Lena malam ini lena menanti esok
pagi.
Dalam
perancangan kami keesokan paginya, bagi melengkapkan lagi Jaulah kami kali ini,
kami bercadang untuk ke Medan Ilmu, menghadiri Kuliah Jumaat yang biasanya di
adakan di sini setiap pagi jumaat. Malangnya, pagi itu bumi telah dibasahi
hujan lebat dan kami terpaksa membatalkan niat di hati. Insya’allah, minggu
depan kita ke sana.
Sauh Dilabuhkan,
Wassalam.
PelayarBahtera...
PelayarBahtera...
0 comments:
Post a Comment