PelayarBahtera. Powered by Blogger.
Share

Setelah sekian lama diri menyepi mencari kekuatan hati, dirasakan jari- jemari yang naif menulis ini seakan-akan ingin menari untuk memberi. Pelayaran ini dimulai...

Surat Yang Dikirim Dahulu, Kini Berbalas.

Friday, 24 February 2012

Tanggal 07 Feb 2012 bersamaan 14 Rabiul Awal 1433H, satu surat rasmi dari “Academic Management And Admission Division” telah selamat diterima.

SYAHRUL AZLAN ABDULLAH (Matric No.:111XXXX)
Lot 1520-B, JALAN BARU,
WAKAF BHARU

Assalamualaikum wrt. Wbt.
Dear Brother/Sister,

APPLICATION FOR CHANGE OF PROGRAMME, SEMESTER 2, 2011/2012 SESSION

Please be informed that the university has approved your application for change of programme as follows:-
Previous Programme : Bachelor of Engineering (Material)
Current Programme  : Bachelor of Human Science (Psychology)


Surat Yang Dihantar Dahulu

Terimanya surat rasmi tersebut, maka telah rasmilah diri ini bukan lagi pelajar Kejuruteraan Bahan, tetapi kini bergelar pelajar Sains Kemanusiaan pengkhususan dalam bidang Psikologi, insya’Allah dengan izinNYA.

Seperti yang dijangka, ramai rakan disekeliling mahupun yang jauh mata memandang bertanya akan sebabnya apabila mengetahui akan hal ini dan selalunya mereka bertanya dengan nada terkejut.

Hanya beberapa orang sahaja yang tahu akan hal ini itupun kerana terpaksa, tidak berniat untuk merahsiakan hal ini dari semua, cuma situasi ketika keputusan ini di ambil dulu, masih belum pasti jawapan yang bakal diterima, mungkin saja lulus dan mungkin saja tidak. Jadi, daripada menghebohkan perkara yang belum tentu, baik didiamkan sahaja.

Sebab, kenapa keputusan ini di ambil? Adalah beberapa sebab-sebab yang tertentu (mungkin agak tidak sesuai untuk dikhabarkan disini) yang memungkinkan keputusan ini dibuat lebih kurang dua bulan yang lalu.

Walaubagaimanapun, insya’allah keputusan yang di ambil ini telah difikirkan dengan sematang-matangnya, difikirkan baik dan buruknya, telah di suarakan kepada keluarga, telah di tanyakan pendapat-pendapat  naqib dan telah dibawa berbincang dengan caunselor, juga bebarapa orang sahabat handai.

And the most important is, keputusan ini hadir, insya’allah bersama-sama doa yang dipanjatkan ke hadratNYA, agar terus memandu dan meredhai perjalanan hamba dalam keputusan yang bakal di buat.

Alhamdulillah, jalan yang dihajatkan untuk dilalui selepas ini telah dimakbulkanNYA. Hanya mengharapkan setulus doa dari kalian buat diri ini agar terus gagah menyelusuri laluan menggapai impian.

p/s : Moga ianya salah satu helaian dari helaian-helaian indah sebuah diari kehidupan baru.

Sauh Dilabuhkan,
Wassalam.
PelayarBahtera...

Read more...

Aktiviti: Flash Mob Bersama Ma'ruf Club

Tuesday, 21 February 2012



Tidak mahu mengulas panjang tentang Flash Mob kali ini, perjalananya hampir sama dengan Flash Mob yang diadakan oleh MDK GAMIS sebelum ini, dengan temanya "Let's Spread The Sunnah" cuma kali ini ia dianjurkan oleh Ma'ruf Club UIAM Gombak di dalam perkarangan Universiti itu sendiri.

Program dimulakan dengan mengedar risalah kepada warga universiti, setelah itu kami beramai-ramai "freeze" selama lebih kurang 5 minit di hadapan Azman Hasyim Complex sebelum berarak sambil berselawat menuju ke perkarangan hadapan Masjid IIUM.

Semoga usaha yang kecil ini akan melahirkan dan menghidupkan suasana rasa kecintaan yang mendalam ke atas junjungan besar nabi kita, Muhammad S.A.W kepada seluruh warga kota UIAM, mudah-mudahan Insya'Allah. Gambar dan video dibawah akan berbicara...


Abang Izzaz Sedang Berteduh.

Mungkin Isi Buku Yang Menarik, 1 Buku Dikongsi 4 Orang
Khusyuk Mentelaah Dibawah Panas Matahari.

Berkelah Dan Bersantai Dibawah Pokok Rendang



Panas Sikit-Sikit Takpe.:p

Semuanya Kaku kecuali Beberapa Orang Kat Belakang Tu Je.

Berarak Sambil Mendendangkan Alunan Selawat.

Muslimat Pun Turut Sama Berarak.


Sesi Bergambar Sebelum Program Berakhir.


Ini sedikit video sepanjang perjalanan program..
Part 1

Part 2

Pautan selebihnya.. 

"Flash Mob at Ma'ruf Club Facebook"

p/s: Kredit kepada Juru Kamera Dan Video Maker, The Best!!

Sauh Dilabuhkan,
Wassalam.
PelayarBahtera...

Read more...

Lakaran: Terjunan Air Di Lata Tembakah

Thursday, 16 February 2012


Dilukis pada 03 Feb 2012 sewaktu berpeluang kesana.
Permandangan Aliran Air terjun Lata Tembakah yang mendamaikan.

Read more...

Aktiviti: i-FlashMob "Spread the Sunnah"

Monday, 13 February 2012


Mengisi Hujung Minggu

Layar Bahtera kali ini dihalakan ke bangunan pencakar langit, KLCC untuk bersama-sama Majlis Dakwah Dan Kebajikan Gamis (MDK) dalam program i-FlashMob dengan temanya "Spread the Sunnah".

Walaupun hajat untuk turun ke Himpunan Aman Selamatkan Syiria yang diadakan di hadapan Kedutaan Syiria tidak kesampaian kerana berhadapan dengan beberapa masalah Add and Drop subject untuk semesta ini, Alhamdulillah, diri ini masih lagi diberi kesempatan keesokan harinya untuk diisi dengan sesuatu yang bermanfaat.



Perjalanan dimulakan seawal jam 10 pagi bersama-sama dua orang sahabat, kami diminta untuk berkumpul di Masjid As-Syakirin, KLCC pada jam 10.30 pagi untuk mendengar beberapa taklimat sepanjang program. Dengan diri yang masih tertanya-tanya bagaimanakah rupanya program yang akan diadakan disana nanti, adakah seperti program yang diadakan di Dataran Merdeka sempena Tahun Baru yang lepas? 

"Flash Mob" setelah di tanya kepada Mr Youtube, kelihatanya seperti akan ada aksi tari menari dan nyanyian. Allah!!! Tak kan kena menari dalam KLCC kot, agak-agak la. Tapi bila dibaca balik mesej berkenaan jemputan ke i-FlasgMob yang diterima beberapa hari yang lepas, Isya' Allah, pengisianya akan baik sebaik tajuknya. 


[MDK GAMIS] i-FlashMob MAULID NABI vs VALENTINE'S DAY. Sila bawa sebuah buku bertajuk/tema Nabi Muhammad/Rasulullah SAW, tema pakaian bebas.





Setelah tiba di stesen KLCC, kami terus bergerak ke Masjid yang dimaksudkan. Disana, kelihatannya taklimat sudah pun bermula. Kehadiran muslimin dan muslimat mencecah 100 orang tidak termasuk yang tidak hadir dan yang berhajat untuk hadir tapi tidak kesampaian. Alhamdulillah, diri ini di izinkan olehNYA untuk hadir.

Setelah mendengar taklimat yang agak "panjang", kami mula bergerak masuk ke bangunan  KLCC dengan dibekalkan beberapa keping kad menarik yang diselitkan dengan kata-kata hikmah sempena mengingati baginda, junjungan besar nabi kita, Muhammad SAW. Sollu a'la nabi.

اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلّم

Beserta dengan senyuman yang paling manis, kad-kad ini kami akan edarkan kepada pengunjung-pengunjung KLCC. Walaupun ada di antara mereka yang pada mulanya tertanya-tanya apabila kami menghampiri mereka, namun mereka memahami setelah membaca isi kandungan yang terdapat di kad yang diterima, senyuman balas mereka hadiahkan tanda penghargaan. Indahnya suatu kehidupan, andai kita hiasinya dengan  amalan saling ingat mengingati. 

Cumanya, di antara kebanyakan mereka, ada juga yang tidak sudi menerima, seolah-olah ingin mengelakkan diri, kekadang hati ini bertanya sendirian, di manakah silapnya, sulitkah untuk hati kita menerima seseorang yang hadir memberi sesuatu yang mungkin menjadi kebaikan untuk diri kita? Atau mungkin pembawakan seseorang dai'e itu yang harus diperhalusi lagi. Muhasabah buat diri dan teman.

Every One Is Freezing, What Happen Here?





Itulah kata-kata yang terbit dari salah seorang pengunjung yang kehairanan melihat gelagat-gelagat kami apabila kami para peserta diminta mengakukan diri selamat lima minit dengan menggayakan amalan-amalan mulia yang di anjurkan oleh baginda nabi, Muhammad SAW. Situasi pada ketika itu yang seolah-olah putaran waktu berhenti seketika telah menarik perhatian sebahagian besar pengunjung KLCC. 

Setelah 5 minit berlalu, kami meneruskan pengedaran kad-kad yang masih berbaki tadi sambil bergerak menuju ke laluan LRT. Dan disini sekali lagi, disepanjang laluan LRT KLCC, kami mengakukan diri selama 5 minit tanpa menggangu laluan para pengunjung. Disebabkan  ini merupakan laluan utama pengunjung yang menaiki LRT untuk ke KLCC, maka lebih ramai yang kehairanan melihat suasana tersebut ketika itu. Ada di antara mereka yang mengambil peluang ini untuk bergambar bersama para peserta.


KLCC Berselawat




Setelah berlalu minit yang kelima, saudara Farid Hadhari merangkap sebagai Pemgerusi Majis Dakwah daan Kebajikan, mengetuai alunan selawat sambil berarak di dalam bangunan KLCC bermula dari laluan utama stesen LRT hingga ke Dataran Air Pancut di luar bangunan. 

Para peserta sama ada muslimin atau muslimat yang hadir, telah menggemparkan KLCC dengan alunan selawat. Sungguh bagi mereka yang mungkin selama tidak merasai kewujudan tarikh keramat 12 Rabiul Awal, yang mana peristiwa besar kelahiran junjungan besar nabi kita, Muhammad SAW akan merasai bertapa hidupnya hari istimewa tersebut pada ketika itu. 

Ada diantara pengunjung yang turut sama mengalunkan bait-bait indah memuji baginda SAW. Kami mengakhiri alunan selawat dengan laungan takbir sebanyak tiga kali setelah tiba di Dataran Air Pancut. Sebelum bersurai kami mendengar sedikit ucapan penghargaan dan penutup dari pengerusi MDK buat peserta-peserta yang hadir dan setelah itu kami bergambar beramai-ramai.




Jam menunjukkan 12.30 tengahari setelah berakhirnya program FlashMob tersebut dan kami bertiga mengambil keputusan untuk terus pulang ke kampus tanpa singgah di mana-mana. Walaupun program kali ini hanyalah selama lebih kurang 2 jam, tapi moga-moga pengisianya memberi manfaat buat kami lebih-lebih lagi buat pengunjung yang hadir. LRT yang kami naiki meluncur laju menuju ke Taman Ilmu Dan Budi.

p/s: Sedikit video pendek pada hari kejadian.. Flash Mob GAMIS 2012


Sauh Dilabuhkan,
Wassalam.
PelayarBahtera...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Rancang perjalanan hidupmu sebaik mungkin tanpa melupakan bahawa Dia juga punyai perancangan tersendiri buat hidupmu. Usah terlalu berharap pada yang Dimiliki, panjatkan segala kebergantunganmu hanya pada yang Memiliki" -DaMai-