PelayarBahtera. Powered by Blogger.
Share

Setelah sekian lama diri menyepi mencari kekuatan hati, dirasakan jari- jemari yang naif menulis ini seakan-akan ingin menari untuk memberi. Pelayaran ini dimulai...

Aktiviti: Jaulah Kelantan-Thailand Siri 2

Saturday, 28 January 2012


Hulurkan Tangan Ringankan Beban

Setelah hampir 15 minit kami menikmati keindahan suasana pantai, kami berjalan menuju ke kereta dan sewaktu dalam perjalanan itulah kami terserempak dengan seorang pakcik dan makcik bersama seorang budak yang sedang dalam kesusahan, tayar kereta yang dinaikinya tersekat didalam pasir pantai.

Rupa-rupanya, pakcik ini tinggal di Gua Musang dan kedatanganya ke sini adalah semata-mata ingin membawa cucunya bersiar-siar di pantai ini tanpa mengetahui bahawa jalan ini tidak boleh dilalui oleh kenderaan. Lalu, kami cuba menghulurkan bantuan sedaya mungkin memandangkan hari pun sudah beransur gelap.

Beberapa cubaan dan cara telah di usahakan untuk mengeluarkan tayar yang tersekat tersebut, malangnya semakin di usaha, semakin dalam pula tayar tersebut tertanam dan kereta sedikit pun tidak berganjak dari tempatnya.



Melihatkan usaha yang tidak membuahkan hasil itu,  pakcik tersebut mula menghubungi anaknya untuk datang ke tempat kejadian. Walaupun begitu, kami masih belum berputus asa, cubaan demi cubaan dilakukan walaupun kemungkinan tayar kereta tersebut akan tertanam jauh lebih dalam.

Sekali lagi, engin kereta dihidupkan oleh seorang rakan kami, gear undur dimasukkan, pedal minyak dan kluc diseimbangkan, stereng cekap di 'main-main'kan berselang-seli kekiri dan kekanan. Kami yang berada diluar sedaya upaya menolak kereta tersebut kebelakang, dan selepas beberapa kali cubaan, akhirnya kereta tersebut mulai bergerak sedikit kebelakang tapi malangnya belum sempat tayar yang tersekat itu keluar, enginya tiba-tiba mati.

Melihatkan usaha yang semakin berhasil itu, sekali lagi kami mencuba dan percubaan kali ini akhirnya tidak menghampakan, tayar yang tersekat tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang yang dibinanya sendiri, Alhamdulillah.

Sebelum berangkat pergi, pakcik tersebut mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan dan tetap memberikan kami sumbangan walaupun setelah beberapa kali kami tolak. Terima kasih juga kami ucapkan, dapatlah ditampung sedikit sebanyak perbelanjaan perjalanan kami yang masih panjang ini.

Sepetang Bersama

Ketika tibanya kami di Pantai Sri Tujuh tadi, kami terlihat sesuatu yang menyeronokkan dan mungkin amat bermakna untuk dirakamkan dalam album kenangan kali ini lantas kami bercadang untuk singgah sebentar sebelum pulang nanti.

Dah lama sebenarnya berhajat untuk menaiki “Pedal Boat” ini, sewaktu berehlah ke Taman Tasik Perdana dulu, tidak berpeluang untuk menaikinya kerana ia masih dalam proses membaik pulih. Tapi kali ini peluang yang ada di hadapan mata tidak mungkin di lepaskan begitu sahaja dan dengan hanya bayaran RM 2.50 seorang, kami berempat mengelilingi kawasan sekitar menaiki “pedal Boat” ini.






Untuk pengetahuan, buat masa sekarang perkhidmatan “Pedal Boat” dan “Kanoe” ini beroperasi setiap hari kecuali hari Rabu. Harga perkhidmatan ialah RM 5.00 untuk sewaan sebuah “Pedal Boat”,  RM 4.00 untuk sewaan sebuah “Kanoe” dan masa yang diperuntukan ialah selama 20 minit untuk satu kali bayaran bagi kedua-duanya.

Jam sudah menunjukkan hampir pukul 7 petang apabila satu pengumuman dibuat menandakan masa yang diperuntutkan untuk kami sudah berakhir. Walaupun belum puas berkejaran, kami terpaksa berhenti disini sahaja memandangkan malam mulai melabuhkan tirainya.

Hajat kami untuk singgah membeli juadah di Pasar Malam, Wakaf Baru sewaktu dalam perjalanan juga terpaksa dilupakan. Lagi pun kami berkira-kira untuk menunaikan solat fardu maghrib di Masjid Muhammadi, Kota Bharu sebelum meneruskan aktiviti yang seterusnya.

Permandangan Indah Di Sekitar Masjid Muhammadi, Kota Bharu.

Selesai sahaja solat Fardu Maghrib secara berjemaah, kami merehatkan badan yang keletihan setelah sehari suntuk merantau dengan meluangkan sedikit masa bersama jemaah masjid membaca Surah Yaa sin yang telah menjadi amalan kebiasaan disini apabila tibanya malam Jumaat. Setelah selesai, kami bersama-sama menunaikan solat fardu Isya’ dan mendengar sedikit tazkirah rinkas yang disampaikan oleh imam berkaitan solat jemaah.

Alhamdulillah, rezeki datang bagaikan mencurah-curah hari ini, sebelum beredar meninggalkan masjid kami telah dihidangkan dengan jamuan laksa dan air sirap yang begitu menyelerakan. Terima kasih kepada pihak yang telah bermurah hati dan bersusah payah menyediakan santapan untuk malam ini, moga kebaikan kalian dinilai olehNya, insya’allah.



Juadah Makan Malam.


Selesai sahaja menjamu selera, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang terakhir iaitu ke Pidato Mahasiswa yang di anjurkan sempena Kelantan Islamic Creative Exhibition[KITE] oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Pidato Mahasiswa kali ini diadakan di Kelantan Trade Center dengan tema “Suara Mahasiswa Suara Keramat” dan menghimpunkan barisan pemidato-pemidato dari kalangan pimpinan-pimpinan mahasiswa.

Dikepalai oleh Sdr. Syazwan [Mantan Presiden Gamis] sebagai moderator majlis yang sering menghangatkan dewan, Sdr Adam Adli [Presiden LMP UPSI], Mohammad Iqbal [Presiden SRC IIUM], Sdr Rohayu Rusly [SIGMA GAMIS] Sdr Akram Akrami [Presiden GAMIS], Sdr Siti Nurul Piteriah atau lebih dikenali sebagai Yuyu Luna[LMP UPSI} dan Sdr. Mohd Shazni yang menggantikan Ahmad Fahmi[Presiden PKPIM IIUM].

Suara Mahasiswa, Suara Keramat.

Barisan Pemidato-Pemidato Yang Menghangatkan Dewan.


Para Muslimin Yang Hadir Membanjiri Dewan.

Kehadiran Muslimat Melimpah Sehingga Ke Pintu Masuk.





















Ribuan hadirin termasuk remaja belasan tahun, kanak-kanak, mahasiswa-mahasiswi dari serata negeri dan juga mereka-mereka yang sudah berumur tapi masih berjiwa muda hadir memenuhi dewan menyaksikan pentas pemidato kali ini.

Pelbagai isu-isu semasa diketengahkan kali ini sama ada isu yang terjadi di kalangan mahasiswa sendiri atau pun isu-isu yang melibatkan suasana politik Negara. Keterbukaan Kerajaan Negeri Kelantan dalam memberikan kebebasan bersuara kepada mahasiswa dalam melontarkan pandangan dan kritikan mereka harus di contohi.

Ramai juga kenalan-kenalan yang hadir pada tersebut, jika ada yang tidak disapa atau ditegur, mohon maaf sebanyak-banyaknya, bukan sombong tapi mungkin tidak perasan dalam kekalutan ribuan yang hadir.

 Pidato Mahasiswa akhirnya melabuhkan tirainya lebih kurang jam 12.30 malam dengan sambutan laungan takbir yang menggamitkan dewan dan kami, terus berangkat pulang ke tempat penginapan sejurus sahaja selesai majlis oleh  kerana badan terlalu penat setelah seharian mengembara.

Tiba sahaja di tempat penginapan, kami terus terlena bersama detik-detik manis perjalanan sepanjang hari ini walaupun hanya tidur beralaskan karpet dan berselimutkan tuala. Lena malam ini lena menanti esok pagi. 

Dalam perancangan kami keesokan paginya, bagi melengkapkan lagi Jaulah kami kali ini, kami bercadang untuk ke Medan Ilmu, menghadiri Kuliah Jumaat yang biasanya di adakan di sini setiap pagi jumaat. Malangnya, pagi itu bumi telah dibasahi hujan lebat dan kami terpaksa membatalkan niat di hati. Insya’allah, minggu depan kita ke sana.

Sauh Dilabuhkan,
Wassalam.
PelayarBahtera...

Read more...

Lakaran: Hadiah Hari Lahirnya

Friday, 27 January 2012

Potrait Ini Dilukis Pada 16 Nov 2011 Sempena Hari Lahirnya  Yang Ke 15. Siap Dilukis Jam 0207 am.

Biodata Ringkas:
- Mohd Sofian Abdullah
-Anak Lelaki Paling Bongsu  Dari 6 Adik Beradik.
-Menuntut Di SMKA Falahiah Dalam Jurusan Perakaunan.
-Seorang Yang Bertubuh Kecil Tapi Lantang Dan Sedikit "Nakal".
-Keatif Dan Mempunyai Minat Yang Sama, Iaitu Melukis.
 Ni Contoh Lukisanya:



Lukisan 3D.  Bangunan Yang Dilukis Kelihatan Tegak Berdiri Diatas Kertas Lukisan
 Dan Tanah Runtuh Sepertinya Menjunam Jauh Ke Dalam Kertas.



Read more...

Lakaran: Special Tribute For My Sister

Tuesday, 24 January 2012

Lukisan Ini Mula Dilakarkan jam 2200 malam 04 Nov  dan siap jam 0200 pagi, 05 Nov 2011. 
Biodata Ringkas:
-Nurul Akmal Abdullah
-Anak Perempuan Sulong Dari Enam Adik Beradik
-Menuntut Di maktab Perguruan Tunku Bainun Dalam Aliran Bahasa Arab.

Read more...

Aktiviti: Jaulah Kelantan-Thailand Siri 1

Saturday, 21 January 2012


Memenuhi Undangan

Kelihatan Pengantin Lelaki Sedang Bersiap Sedia.


Usai sahaja pengajian di waktu pagi, dan memandangkan tiada pengajian di sebelah petang, kami berempat sepakat untuk menghadiri jemputan Walimatul Urus seorang kakak senior yang tinggal berdekatan dengan kampung saya, iaitu saudari Khairana dan pilihan hatinya saudara Faizi.

Ini kali pertama rasanya berpeluang untuk lihat upacara Aqad Niqah secara ‘live’ dari awal hingga akhir(anak sulong biasalah, jadi ‘jong kako sokmo’), dan Alhamdulillah, dengan hanya sekali lafaz, mereka berdua sah di ijab kabulkan. Kami doakan moga kalian berdua bahagia hingga ke SyurgaNYA, ameen. Terima kasih atas jemputan. Akan tibakah saat untuk diri ini?

Setelah selesai majlis, solat pun sudah, menjamu hidangan pun sudah, kami mohon mengundur diri kerana masih banyak tempat yang ingin dutuju walaupun kami sendiri belum tahu kemanakah destinasi seterusnya. Tanpa arah tujuan yang jelas, kami terus menghala ke Tumpat, menuju Pengkalan Kubur atas desakan rakan dari Perak dan Terengganu yang teramat sangat ingin kesana.

Ketika dalam perjalanan, kami mula berhajat untuk ke Pantai Sri Tujuh, Kawasan Bebas Cukai dan ingin juga melihat dengan mata sendiri negara Gajah Putih yakni Thailand yang dikatakan hanya dipisahkan oleh sebatang sungai dan berhadapan dengan perlabuhan Pengkalan Kubur.

Satu Pengkalan Demi Satu Pengkalan


Setelah kami sampai di Pangkalan Kastam, Pengkalan Kubur. Takbai, Thailand dapat dilihat dengan jelas dari sini dan ketika melihat-lihat keadaan sekeliling terjadilah perbualan ini di antara kami.

“Buleh dok, kalu nok gi sane(Takbai, Thailand)?”  Seorang rakan kami bertanya.
“Buleh jah, dulu aku duk gi sokmo kok nu, mg nok gi ko?”  Saya menjawab soalan tersebut.
“Nok ah, aku nak jijok jugok tanoh sie(siam) hari ni”  Tambahnya lagi.


Maka, angan-angan untuk ke Negara Jiran mulai terbit, tapi dengan ketiadaan passport yang sah, kami tidak dibenarkan melalui pengkalan ini, maknanya kami tidak berpeluang untuk menaiki Feri ke seberang. 

Justeru, kami menuju ke pengkalan lain yang terletak di Kg Tanjung( I used to stay in this village before migrate to Wakaf Bharu ). Kebiasaanya, di pengkalan inilah orang-orang kampung atau penduduk luar menyeberangi sungai untuk ke Takbai. Tapi malangnya, nasib tidak mnyebelahi kami kali ini, kami tidak di benarkan menggunakan pengkalan ini hari ini kerana pihak Polis sedang bertugas.

Pengkalan Kg.Tanjung, di hadapan sana ialah Takbai, Thailand.


Namun, tanpa berputus asa, kami meneruskan perjalanan ke satu lagi pengkalan, iaitu pengkalan Simpangan yang terletak tidak jauh dari sini. Dalam perjalanan ke sana, kami terserempak dengan pihak tentera yang sedang membuat sekatan jalan raya.

Kebiasaannya sekatan yang dilakukan oleh mereka adalah untuk mengesan kegiatan-kegiatan penyeludupan beras dari Thailand ke Malaysia,  minyak dari Malaysia ke Thailand dan juga barang-barang yang salah di sisi undang-undang, tapi agak kehairanan kali ini kerana biasanya tiada sekatan yang di lakukan di kawasan ini walaupun berderetan kelihatan ‘Markaz Tentera’ di tepi jalan raya. Kenderaan kami disekat dan salah seorang tentera menghampiri kami.

‘Assalamualaikum Encik’  Driver memulakan sapaan.
‘Bukak bonet!’  Arahnya dengan tegas tanpa menjawab salam dari kami.

‘Terima Kasih encik’  ucap kami beserta senyuman yang juga tidak berbalas sebelum kami berlalu pergi.

 Alhamdulillah, tiada apa-apa yang mencurigakan. Agak gementar sebenarnya behadapan dengan mereka yang lengkap bersenjata walaupun tiada kesalahan yang dilakukan, namun semua itu tidak melunturkan sedikit pun keinginan kami untuk ke seberang. Setelah lebih kurang 15 minit perjalanan, kami tiba di pengkalan Simpangan.


Pengkalan Simpangan, dihadapan ialah Nat Nerrong, Thailand.

Angan-angan Menjadi Kenyataan

“Boh, buleh dok kito nk sebere(menyeberangi) gi sano meta, pahtu nak mari kok ni pulok?”  Saya bertanya kepada salah seorang pengemudi bot penambang yang berada di pengkalan.
“buleh, buleh, kalu demo nak mari kok ni pulok, demo naik bot hok tu”  Jawab pengemudi bot tersebut sambil menunjukkan jarinya ke arah bot lain yang berada di seberang.

Mendengar sahaja akan jawapan dari pengemudi bot tersebut, wajah kami kelihatan berseri-seri. Hanya dikenakan bayaran RM 1 untuk seorang, kami meninggalkan bumi Malaysia dengan menaiki perahu menyeberangi sungai yang memisahkan dua negara tersebut.

Sebenarnya sebelum ni agak kerap juga saya bertandang ke Negara ini, kerana ada keluarga sebelah ayah(he’s able speaking Thailand fluently) di sana dan untuk pengetahuan, saya sendiri telah memulakan pendidikan terawal saya di salah sebuah sekolah yang terdapat di Narathiwat, Thailand sebelum memasuki Tadika di Malaysia, sempat juga la belajar beberapa huruf, nombor dan sedikit perkataan-perkataan asas untuk pertuturan. Tapi, semenjak terjadi beberapa rusuhan di Negara ini, saya dan keluarga jarang ke sana, ada cerita di sebaliknya, insya’allah di post yang lain. 


Menyeberangi Sungai Tak Bai.

Akhirnya setelah lebih kurang 7 minit perjalanan menyeberangi sungai ini, kami berempat selamat tiba di Pengkalan Nat Nerrong, Thailand. Harapan , impian yang sebelum ini menjadi angan-angan untuk kami menjejakkan kaki ke bumi Thailand kini tercapai.

Currently, outside of country. Dengan tidak mensia-siakan peluang keemasan ini, kami ronda-ronda di sekitar kampung Nat Nerrong, suasananya tiadalah berbeza sangat dengan suasan-suasana kampung di Malaysia dan kebanyakan penduduk di sini adalah beragama Islam.

“Mari mano rama-rama ni” Kami ditegur oleh seorang penduduk kampung ini.
“Takdok lah, mari jale-jale sini” Kami membalas.
“Asor pukul wapo sini?” Seorang rakan kami bertanya.
“pukul 3.30 ptg, asal mano ni, Kedah ko?” Tanya akak tersebut sejurus menjawab soalan kami tadi. Mungkin disebabkan lorat negeri yang di dengarnya tadi, “asor”.
“Eh, dok ah” Jawab rakan kami yang lain.
“ko asal ganung” Teka akak itu lagi.
“Ho, dio ni asal ganung” Jawab seorang lagi rakan kami sambil menepuk-nepuk bahu rakan yang bertanya itu tadi dan perbualan ini disambut dengan gelak ketawa.

Salah Sebuah Sekolah Di Nat Nerrong, Thailand.


Line Celcom masih berfungsi di sini.
Setelah hampir satu jam lebih kami ‘merayau-rayau’ di sini, melihat pemandangan dan suasana kampung, beramah mesra dengan beberapa orang penduduk disini(mereka masih menuturkan bahasa ‘kelate’), dua tiga tempat telahpun kami lawati, pelbagai kenangan telah kami rakamkan dan dengan berat hatinya kami terpaksa mengambil keputusan untuk kembali ke Negara asal kami, Malaysia sebelum cuaca cerah beransur gelap. Selamat Tinggal bumi Thailand, kami doakan terutamanya buat umat Islam di sini agar beroleh ketenangan dan kesejahteraan. Amin.


Di Pintu Pagar Bansreepangan School, Nat Nerrong, Thailand.

Waktu Asar Disini Ialah 3.30 ptg Thai yang Bersamaan 4.30 ptg Msia


Perjalanan Diteruskan

Tibanya di Pengkalan Simpangan, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya. Kami singgah sebentar di masjid untuk solat asar dan setelah itu kami menuju ke salah sebuah kedai makan yang berdekatan untuk menikmati Mee Chambo. Kebetulan saya mengenali pemilik kedai makan tersebut, jadi kami mendapat potongan harga yang istimewa, mungkin rezeki kami hari ini.


Mee Chamboo, Pastikan Yang Halal.
Setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang terakhir di Daerah Tumpat ini iaitu, Pantai Sri Tujuh bagi menghilangkan rasa penat dan lelah setelah sehari suntuk kami merantau. 15 minit perjalanan, kami tiba di tempat yang dimaksudkan.


Pantai Sri Tujuh Is Waiting For Us.
















Menikmati Keindahan Panorama Pantai.














Dengan suasana yang nyaman, tiupan angin laut yang mendamaikan, ketenangan sedikit sebanyak menyapai kalbu. Riuh tawa suara kecil kanak-kanak yang sedang riang berkejaran dan sesekali mengelak ombak yang memukul persisiran pantai sangat menggamitkan suasana. Sesekali dihalakan pandangan ini terus ke tengah lautan yang luas, melihat akan kebesaran ciptaaNya, Subhanallah.


Bersambung Ke Aktiviti: Jaulah Kelantan-Thailand Siri 2

Read more...

Lakaran: Siapakah Pemuda Kacak ini?

Thursday, 5 January 2012

 
Ini juga di antara lukisan-lukisan terawal yang pernah dilukis. Cumanya lukisan ini sedikit berbeza dengan lukisan-lukisan yang lain sebabnya, lukisan ini dilukis menggunakan arang kayu yang dikutip di sebelah rumah, saje nak test
power, jadi ke x. Malangnya secara xsengaja, terconteng sedikit di bahagian muka, dan dengan yakinya
p padam dengan pemadam pensil, time 2 terlupa yang arang ni xboleh dipadam,
so, lekatlah parut kat bahagian pipi 2, rosak lukisan,huhu
nak buang sayang, simpan je lah.. ampun pak!!
Lukisan ni jugak kalau x silap dilukis sewaktu berada di sekolah menengah.
Lukisan ni masih lagi kaku, penggunaan bayang-bayang yang tidak sesuai di sesetengah
tempat, masih banyak yang perlu dibaiki terutamanya dibahagian mulut dan hidung, masih belajar lagi.

Read more...

Lakaran: Budak Lelaki Berparut

Tuesday, 3 January 2012

Budak lelaki berparut, itulah gelaran kepada wajah yang di potraitkan di atas, dapat agakkan sape?
Walaupun lukisan ni xberapa jadi, tp nampak la jugak sikit-sikit wajah dia kan?
 Ni pun di antara lukisan-lukisan terawal yang dilukis, time sekolah menengah dulu.
Lukisan masih kaku, terutamanya part hidung dan mulut, dan memang di akui,
 agak susah untuk menghidupkan dua part ni di mana-mana lukisan pun.
Masih belajar lagi.

Read more...

Lakaran: Matahari Terbenam diKala Senja.

Monday, 2 January 2012



"Permandangan matahari terbenam di belakang rumah saya" :p
Mula belajar untuk mewarnakan lukisan yang dilakar, walaupun nampak comot dan warna 
yang digunakan tidak berapa sesuai, kira ok la kan. Lukisan ni diwarnakan menggunakan Colour Paste.
Kalau xsilap, lukisan ini dilukis sewaktu di ting 3 rasanya.

Permandangan ini dilukis sewaktu dalam kelas ganti UNGS, kelas yang
"terlampau" lama menyebabkan mata yang asalnya segar menjadi layu, jadi
bagi mengelakkan mata terus terpejam, disibukkan diri dengan melukis lukisan ini.
Dilukis pada 15-12-11 dan hanya mengambil masa 10 minit sahaja.


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Rancang perjalanan hidupmu sebaik mungkin tanpa melupakan bahawa Dia juga punyai perancangan tersendiri buat hidupmu. Usah terlalu berharap pada yang Dimiliki, panjatkan segala kebergantunganmu hanya pada yang Memiliki" -DaMai-