PelayarBahtera. Powered by Blogger.
Share

Setelah sekian lama diri menyepi mencari kekuatan hati, dirasakan jari- jemari yang naif menulis ini seakan-akan ingin menari untuk memberi. Pelayaran ini dimulai...

Muhasabah: Kenapa Aku Masih Dihidupkan Hari Ini

Tuesday, 19 August 2014

Maha Suci Allah yang telah menghidupkan kita pada hari ini, Alhamdulillah. 

Pernahkah diri tertanya, kenapa aku masih hidup lagi hari ini? 

Ayuh renung sejenak bait bicara Iman Al-Ghazali.. 

Berkata Imam Al-Ghazali:- 
"...Kenapa Allah hidupkan aku hari ini?..."

"...Aku masih di hidupkan Allah pada hari ini kerana banyaknya dosa-dosa yang aku lakukan, lalu Allah berikan kesempatan untuk aku bertaubat kepadaNya..." 

Moga-moga redhaNya bersama, di saat kita dijemput pulang.
 Ameen. :'(

Read more...

Halwa Telinga: Langkah Pejuang

Sunday, 17 August 2014

|Shoutul Amal: Langkah Pejuang|

Dengan Bismillah pejuang melangkah
Berpaksi ikrar lafaz syahadah
Arahnya pasti bersatu hati
Redha Allah cita tertinggi

Langkah yang diatur bijak tangkas dan perkasa
Lafaz yang ditutur benar berhemat dan berpada
Tindakan berhikmah mentaati pimpinan
Membara semangat kerana kebenaran

Kata dikota janji ditunaikan
Gigih usaha jalankan kewajipan
Kalah dan menang adat berjuang
Kejayaan terindah meraih Mardhatillah

Iman tunjang kekuatan
Islam syiar kebanggaan
Ukhwah tali kesatuan
Berjuang penuh keyakinan

Istiqamah jatidiri
Teruskan Risalah Nabi
Mulia hidup dan mati
Pejuang takkan berhenti

ISTIQAMAH!!!

https://soundcloud.com/asma-afifah/langkah-pejuang-soutul-amal

Read more...

Muhasabah: Di Mana Rasulullah Di Hati Kita

Friday, 8 August 2014

Pernah ke dalam hidup kita ni, ketika mana kita duduk sendirian, kita melafazkan..

...اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ...

Pernahkah tiba-tiba air mata kita mengalir, kerana rindukan baginda.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Rancang perjalanan hidupmu sebaik mungkin tanpa melupakan bahawa Dia juga punyai perancangan tersendiri buat hidupmu. Usah terlalu berharap pada yang Dimiliki, panjatkan segala kebergantunganmu hanya pada yang Memiliki" -DaMai-