PelayarBahtera. Powered by Blogger.
Share

Setelah sekian lama diri menyepi mencari kekuatan hati, dirasakan jari- jemari yang naif menulis ini seakan-akan ingin menari untuk memberi. Pelayaran ini dimulai...

Lakaran: Antara Lukisan Potrait Terawal

Thursday 29 December 2011

Lukisan in adalah diantara lukisan-lukisan terawal yang pernah dilukis, ni asalnya gambar seorang
Hindustan tapi xbrapa ingat nama dia, kalau diperhatikan mungkin boleh agak kot siapa ni.Yup, lukisan ni nampak kaku sangat, tiada lansung peranan bayang-bayang. Kalau xsilap, lukisan ni juga dilukis sewaktu di tingkatan 3,
masih dalam proses untuk memperbaiki kelemahan.

Read more...

Lakaran: Masih Belajar Lagi.

Saturday 24 December 2011

Lukisan ni dilukis diatas kertas graff, sape bleh agak siapakah wajah yang dilakarkan diatas?
look carefully, krna ada sesetengah orang cam sape yang dilukis, tp ad jgak yang xdapat kenal pasti wajah di atas.
p:s/ lihat dari jarak jauh, insya'allah membantu.:)



Add caption


Read more...

Promosi: Quranic Group-Siri Memahami Asas-Asas Islam

Monday 12 December 2011

Koleksi-Koleksi Menarik Quranic Group.

Quranic Group merupakan satu siri kefahaman untuk mendalami asas-asas ajaran Islam. Quranic Group yang diterbitkan sebanyak 11 siri disusun dan disesuaikan untuk semua golongan pembaca bertujuan untuk memberi gambaran dan pendedahan berkaitan dengan asas-asas ajaran Islam yang suci.

 Penyusunan Quranic Group ini merangkumi perkara asas fardhu Ain, Ibadah, Fikrah, Sirah, Tajwid, Kefahaman ayat-ayat al-Quran dan Hadis dapat membantu pembaca memahami Islam secara lebih mudah dan praktikal.

Kandungan buku ini juga dapat menggambarkan kesyumulan ajaran Islam yang telah di sampaikan oleh baginda RasuluLLAH SAW. Kupasan yang mencakupi perkara asas dalam Islam iaitu perkara Asas Fardhu Ain Sehinggalah kepada tanggung jawab sebagai Khalifah ALLAH dapat memberi input baru kepada semua pembaca.

Perincian berkaitan dengan peristiwa-peristiwa penting khususnya di dalam sirah memberi gambaran bahawa Islam itu tersebar dengan pengorbanan dan air mata generasi terdahulu yang sepatutnya dihargai oleh generasi pada ini.

Dengan penggunaan bahasa yang senang difahami, isi kandungan yang teratur serta huraian dan contoh yang sesuai mampu membawa pembaca untuk lebih memahami asas-asas ajaran Islam, seterusnya membantu pembaca untuk lebih mendalami ajaran Islam yang suci ini.

 Penyusunan buku yang diambil daripada sebahagian khazanah keilmuan Islam yang diharapkan mampu membina ahli masyarakat yang muthaqqaf (intelek) serta dapat memahami seterusnya mengamalkan Islam secara keseluruhannya.
                                                                                                                                      Ulasan Penyusun


Testimoni Para Pengguna QG.



"Bijaknya Nabi Muhammad SAW adalah baginda mempunyau ilmu yang hebat dan memudahkan ilmu agar difahami oleh semua orang. Buku QG 3 menggunakan kaedah itu, dalam penyampaian kandunganya 3M iaitu mudah, menarik, mesra. Anda sudah mempunyai keputusan yang baik untuk membelek buku ini, sekarang pastikan pula anda memilikinya."                          (Amin Idris : Perunding Motivasi, personaliti TV Al-Hijrah & Radio)

"Membaca buku ini terasa lain dari yang lain. Penjelasan topik terperinci dan berperingkat. Sangat mudah memahami suatu topik. Membaca satu topik, saya teruja ke topik selanjutnya. Jika tanya saya buku ini, saya akan kata "TERBAIK" dan "MENARIK"."                                                                                         (Nazri Abdullah : Wartawan Akhbar Tempatan) 

"Apa yang menarik tentang QG ini adalah, bukan sekadar merangkumi perkara berkaitan tentang kesyumulan islam sahaja, tetapi ia dihidangkan dengan konsep santai serta membantu pembaca memahami Islam lebih mudah dan praktikal. Saya sudah memiliki semua siri buku ini, anda bagaimana?                          (Che Rozaihan Rosli : YDP Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaysia)


Jadi!!! apa yang anda tunggu lagi, dapatkan kesemua 11 koleksi menarik Quranic Group sekarang dengan harga serendah RM 3.50 senaskah. Amat murah bukan jika ingin dibandingkan dengan nilaian ilmu yang terdapat di dalamnya. Jika anda berminat, sila hubungi pengedar berikut : Encik Kamal di talian 013-405 8718.

p/s: Tambahan, kepada sesiapa yang ingin menambah saham akhirat dengan turut sama mempromosikan QG kepada rakan-rakan, saudara-mara ataupun masyarakat umum di alam siber ni, anda boleh dapatkan widget disebelah.


Caranya mudah..
  1.  'Right Click and Copy email address code widget' disini => CODE
  2. Dari dashboard > Design > Add a gadget > HTML/Javascript
  3. 'Paste' kan code tersebut.
  4. Anda boleh mengubah widget mengikut kesesuiaan blog anda.
    1. Arah pergerakan gambar : kepada up, down dan right di  " <marquee direction="left"
    2. Kelajuan pergerakan gambar :  " scrollamount="2"  " Semakin tinggi nilai semakin laju pergerakanya.
    3. Saiz kelebaran kotak: dengan mengubahnya di  width="300" atau height="150" mengikut kesesuaian blog anda.
  5. Save dan lihat hasilnya.
Moga usaha kecil anda dalam menyebarkan sesuatu yang baik dan memberi manfaat kepada masyarakat umum ini akan dinilai oleh Allah. Insya'Allah. TQ (^_^)

Sauh Dilabuhkan,
Wassalam.
PelayarBahtera...

Read more...

Diari: Pelayaran Bahtera Perjuangan

Saturday 3 December 2011

بسم الله الرحمن الرجيم

Pelayaran Bahtera Ini Bermula.



Seorang pelayar, pelayar bahtera yang akan membelah luasnya lautan Ilahi. Bahtera ini, Bahtera Perjuangan dan lautan ini, Lautan Kehidupan. Pelayaran dalam mencari dan mendalami Hakikat Sebenar Kejadian diri di atas muka bumi. 

Pelayaran yang tidak pernah diketahui manakah sudahnya, bilakah akhirnya, cuma yang pasti pelayaran ini tidak lain tidak bukan akan membawa diri menuju Kehidupan Abadi, dan tika tibanya disana nanti, walau seluas manapun Lautan Ilahi, akan tiada lagi laluan pulang. 

Justeru, dengan izinNya akan dikemudikan Bahtera Pelayaran ini sebaik mungkin hingga nanti tiba disuatu saat berlabuhnya pelayaran ini di Destinasi Perlabuhan Hakiki membawa bersama Keredhaan Ilahi. 

Persoalan Dan Kepastian.

Hakikatnya, diri ini tidak pasti, sejauh manakah pelayaran ini? Berapa lamakah harus didayungi bahtera perjuangan ini? Apakah sempat untuk Bahtera tiba di destinasi yang dituju? Kuatkah diri mengharungi segala onak dan duri?

Ya, seringkali persoalan-persoalan sebegini hadir berlegar-legar dibenak fikiran tanpa diberikan jawapan, namun, melihat akan keluasan Lautan Kehidupan ini, diri seolah-olah mengerti bahawa pelayaran ini masih panjang jaraknya, masih jauh perjalanan yang harus ditempuhi.

Dan suatu kepastian juga, pelayaran ini bukan semudah yang disangka untuk didayungi. Mungkin saja ombak badai sedang menanti dihadapan, menanti untuk menguji, seteguh manakah pelayar-pelayar bahtera dilautan ini. Seteguh manakah diri mampu mengemudi Bahtera Perjuangan ini.

Seorang Pelayar Yang Hebat.

Seorang pelayar yang hebat di Lautan Luas Ilahi, tidak mungkin diuji dengan sapaan angin sepoi-sepoi bahasa,  titisan hujan selembut titisan embun, lambaian ombak setenang aliran sungai mengalir.Tapi, seorang pelayar yang hebat akan lahir setelah berjayanya ia mengharungi tamparan ribut taufan, deruan hujan kilat, goncangan ombak yang mengganas di lautan pertempuran.

Mahu atau tidak, diri ini perlu senangtiasa siap untuk menghadapi sebarang kebarangkalian yang mungkin terjadi sewaktu perlayaran. Air yang selalunya tenang, jangan pernah diingat akan selamanya tenang. Angin yang biasanya damai, jangan pernah diingat akan selamanya damai. Beringatlah duhai teman.

Segalanya Dalam Suratan Takdir.

Bahtera ini mungkin saja pecah dipukul ombak, mungkin saja ia akan karam nun jauh di dasar lautan, dan diri ini mungkin saja hanyut dibawa arus ke tengah lautan. Namun, jika berbekalkan hakikat, Allah sentiasa bersama hamba-hambanya, tawakkal dan doa menjadi teman setiap satu usaha, pasti dan pasti segalanya akan selamat jika di izinNYA.

Setiap gerak walaupun sekadar sebutir pasir halus ditepian pantai yang jauh terlindung dari pandangan, semuanya tidak terlepas dari ilmunya Allah, apatah lagi diri sang pelayar lemah ini.

Seandainya pelayaran ini terkandas ditengah lautan, itulah takdirNya buat diri, mungkin hanya disinilah suatu perjalanan menuju destinasi, dan begitu jugalah sebaliknya. Segalanya, atas kehendak yang Maha Kuasa.

Bulan, Teman Setia Pelayaran. 

"Rembulan, Cahayanya Menawan, Menerangi Kegelapan Malam." 

Walaupun jauh ia terawang-awangan di atas sana, ia tetap dekat dihati. Sentiasa menemani diri dalam pelayaran yang entah dimana kesudahanya. Cahayanya menerangi pelayaran ini dikala gelap menyelubungi malam. Setia mendampingi dikala hati dilanda resah, gelisah. Di sanalah tempat berkongsi suka duka dalam mengharungi pahit getir pelayaran ini.

Memandang akan keindahan cahaya yang terpancar darinya membuatkan hati menjadi tenang, segala yang resah beransur hilang walaupun mungkin untuk seketika, tapi kehadiranya cukup untuk diri merasai Nikmatnya Ketenangan. Dimanapun jua diri ini berlayar, akan tetap menatap keindahan cahaya bulan yang sama. Moga akan terus sentiasa di temaninya.

Bintang, Memandu Arah Perjalanan.

Bintang-Bintang Bertaburan Di Angkasa, Angkasa Raya.
Panduan Mereka Yang Berkelana.
Rasulullah S.A.W sendiri pernah mengumpamakan sahabat-sahabat baginda bagaikan bintang-bintang dilangit, dan begitu jugalah sahabat-sahabat buat diri ini, mereka diibarat bintang-bintang berkelipan nun jauh di langit sana, sentiasa membimbing dan memandu diri ini, membetulkan haluan seandainya bahtera tersasar laluan. Moga tidak pernah jemu, memandu arah pelayaran.  

Pelayar Juga Insan Biasa.

Perlu di ingatkan, walau sehebat manapun seorang pelayar, jika namanya seorang pelayar, maka dia juga adalah insan. Bukannya diri tidak pernah tergelincir dari laluan menuju keredhaan, ya diri ini pernah tergelincir, kerana pelayar ini hanyalah seorang insan biasa, insan yang punyai seribu kemungkinan untuk melakukan kesilapan.

 Dulu, pernah diri ini tergelincir disebabkan oleh kelekaan sendiri, terlampau asyik dengan keindahan dunia dan akibatnya amat pedih, diri ini terluka. Namun kini, untuk diratapi mahupun dikenang sesuatu yang telah berlalu, hanya membuatkan diri ini terus ditertawa.

Pada hemat diri, pelayaran ini harus diteruskan, perjalanan ini masih panjang untuk di tempuhi. Dan sesekali ya, akan dihalakan pandangan ini ke belakang, mengimbau kenangan semalam, agar diri ini sentiasa dingatkan, agar tidak lupa bahawa ia pernah tersungkur dalam pelayaran. Moga, kesilapan itu tidak akan diulangi lagi.

Redahlah Lautan, Usah diLupakan Pengkalan.

Suatu kata-kata yang pernah dilafazkan oleh seseorang buat bekalan pelayaran panjang ini. Mendalam maksudnya, cukup untuk membuatkan diri ini terkenang kembali perjalanan-perjalanan panjang yang pernah dilalui. Pahit dan manisnya bisa mengubat hati yang lesu dan membangkitkan kembali semangat bagi meneruskan pelayaran ini.

Tidak akan pernah dilupakan jasa-jasa kalian yang telah mendidik diri ini menjadi seorang manusia yang mampu berdiri untuk berusaha mengenal Hakikat Sebuah Kehidupan. Moga diri ini sentiasa dalam tiap bait bicara doa kalian.




Dan pada Bahtera Pelayaran ini, akan dinukilkan segala macam pengalaman yang telah dilalui, sedang dilalui dan yang mungkin akan dilalui sepanjang pelayaran ini. Akan dikongsi pahit manis dan akan dititipkan juga pengajaran, pandangan atau apa sahaja yang mungkin difikirkan bermanfaat kepada insan yang sedang juga melayari Bahtera Perjuangan Lautan Kehidupan ini.

Apa yang baik sudikanlah dijadikan pedoman buat bekalan pelayaran, dan yang tidak, hanyutkanlah ia ke dasar lautan, hilangkanlah ia dari pandangan. Moga kebaikan untuk semua.

Akhir bicara, mohon didoakan agar diri ini terus kuat dan teguh dalam mengharungi dugaan dan badai yang bakal mendatang sepanjang pelayaran. Segala silap dan salah mohon dimaafkan. Apa yang diharapkan, moga-moga melalui coretan-coretan perkongsian ini, akan menambahkan saham untuk diri di akhirat kelak.

Segala teguran dan pesanan buat diri ini amat dihargai, moga-moga ia akan menjadi bekalan yang berguna untuk diri agar terus thabat dalam melayari Bahtera Perjuangan Lautan Kehidupan, Menuju Destinasi Perlabuhan Hakiki.


Pelayar Bahtera Lautan Luas Ilahi.

Sauh Dilabuhkan,
Wassalam.
PelayarBahtera...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Rancang perjalanan hidupmu sebaik mungkin tanpa melupakan bahawa Dia juga punyai perancangan tersendiri buat hidupmu. Usah terlalu berharap pada yang Dimiliki, panjatkan segala kebergantunganmu hanya pada yang Memiliki" -DaMai-